in

“Ayah pergi solat, sampai sekarang tak balik” -Rahimi Ahmad, Seorang Lagi Rakyat Malaysia Hilang Dalam Insiden Tembakan di Christchurch

Rahimi Ahmad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sebentar tadi, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia telah mengesahkan seorang rakyat Malaysia antara yang cedera dalam insiden tembakan rambang di dua masjid dekat Christchurch, lapor ProjekMM.


Beliau dikenali sebagai Mohd Tarmizi Shuib yang bertugas sebagai flight simulator di New Zealand.

Tarmizi
sumber: nst

Namun begitu, menurut laporan NZ Herald, ada seorang lagi rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang kerana masih belum pulang sehingga kini setelah keluar bersolat jumaat di Masjid Al Noor.

 

Keluar bersolat dengan anak umur 11 tahun, sehingga kini tiada berita

Mangsa berasal dari Malaysia ini dikenali sebagai Rahimi Ahmad, 39, yang dilaporkan telah keluar solat jumaat di Masjid Al Noor dekat Deans Avenue dengan anak lelakinya yang berumur 11 tahun.

Mosque
sumber: fiji times

Menurut sumber, anak lelakinya tengah bermain di luar masjid sebelum beberapa das tembakan kedengaran di dalam masjid. Mujurlah ada orang masjid lain yang menyelamatkannya dengan menarik tangan budak tersebut dan membawanya masuk ke rumah berdekatan. 

Walau bagaimanapun, tak ada sesiapa yang tahu apa berlaku kepada Rahimi.

 

“Saya cuma nak tahu dia selamat, dan saya berdoa dia akan call nanti” 

Menurut isterinya, Azila, sehingga sekarang dia menanti berita positif mengenai suaminya.

“Saya cuma nak tahu dia selamat, dan saya berdoa dan berharap dia akan call nanti. 

“Rahimi ada telefon bersamanya, jadi saya yakin dia akan contact saya nanti. Tapi sekarang saya tak tahu apa yang jadi kepadanya,” kata Azila.

Tambah Azila lagi, Rahimi ke masjid dengan anak lelakinya dalam jam 1 petang sebelum dia mendapat berita mengenai insiden tembakan rambang tersebut.

2Bhhv6Gparfrbb26Nl75Xs276M
sumber: nz herald

 

“Mereka suruh kami duduk di rumah, saya betul-betul tak tahu siapa yang patut saya hubungi atau apa yang perlu saya lakukan”

Menurut Azila, dia mendapat call daripada seorang rakan yang memberitahu anaknya dalam keadaan selamat tetapi Rahimi pula ada di dalam masjid ketika tembakan tu berlaku.

“Anak saya sedang bermain di luar, jadi ketika tembakan tu berlaku, seorang rakan terus ambil dia dan bawa dia ke rumah Kiwi bersebelahan dengan masjid.

“Macam manapun, kawan saya tak tahu apa yang terjadi kepada Rahimi,” katanya.

14724358 1905303333030605 734455380681558844 N
sumber: facebook

Rahimi yang berasal daripada Pulau Pinang ini sudah tinggal di Christchurch selama 5 tahun dengan keluarganya. Kini Azila buntu apa yang perlu dia lakukan.

“Kami semua disuruh berkurung dalam rumah, saya betul-betul tak tahu siapa yang patut saya hubungi atau apa yang perlu saya lakukan. 

“Saya hanya menunggu dan berdoa yang saya akan dengar sesuatu tentangnya atau dapat tahu yang dia okay.” 

 

Tiada maklumat tentang Rahimi sehingga kini

Canterbury Malaysian Society, Sam Yau memberitahu mereka telah menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia berkenaan isu Rahimi.

Namun kata Yau, mereka masih tidak mendapat sebarang confirmation mengenai lelaki tersebut. Laporan memberitahu, hanya seorang saja mangsa dari Malaysia yang sedang mendapat rawatan di hospital kini.

Marilah kita doakan yang terbaik buat Rahimi dan keluarganya di New Zealand. 

Baca: “Saya menggeletar… ketakutan” – Insiden Tembakan Rambang Di Christchurch New Zealand, Seorang Mangsa Rakyat Malaysia Dikhuatiri Terbabit

Christchurch

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.