in

“Kau subuh pun tak, nak cakap halal-haram pulak” – Lelaki Ini ‘Sound’ Orang Pasal Isu Bubble Tea

Bbtea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bubble Tea sekarang ni memang fenomena dekat Malaysia. Semua orang nak try sebab lain tempat lain ingredient dia. Pasal isu ingredient ni lah yang buat ramai orang ada keraguan untuk beli dan minum. Tak salah kalau kita ada doubt pasal halal-haram bubble tea ni, tapi kalau terus label tanpa usul periksa tu macam tak kena lah juga.


Menyedari isu halal-haram bubble tea yang tengah panas, @OhhB_ menerusi akaun Twitter miliknya sound mereka-mereka yang suka-suka hati jatuh fatwa bubble tea ni haram. Memang panas punggung siapa yang terasa dengan kata-kata dia. Nah, cuba korang tengok dan dengar sendiri apa yang dia kata.

Auch.. terasa

Memang apa betul yang dia kata tu. Tapi kita sebagai orang yang sihat akal fikiran, boleh fikir secara rasional tentang halal-haram. Bukan terus label sesuatu tu tanpa usul periksa. Banyak channel lain yang kita boleh guna untuk tahu status halal sesuatu tempat tu.

Screen Shot 2019 06 15 At 11.00.32 AmBetul tu, sesetengah orang tu tak pernah try pun. Sebab tengah hype isu ni, dorang pun nak komen. Apa orang cakap, jump on the bandwagon. Macam Si Luncai dengan labu-labunya. 

Screen Shot 2019 06 15 At 11.00.11 AmKalau ada keraguan, tinggal je terus. Tak salah nak bagi tahu orang lain pasal keraguan tu, tapi kena cerita dengan cara berhikmah, biar dorang buat pilihan sendiri. At least kita dan selesai bab fardhu kifayah tu. 

Screen Shot 2019 06 15 At 10.59.59 AmMemang terasa pedas lah siapa yang makan cili tu. Terasa betul dengar mamat ni cakap. Tapi itulah realiti. Jangan kita pick and choose dalam beragama. 

Screen Shot 2019 06 15 At 11.00.21 AmHahaha ini memang betul, dah lah cakap melayu fasih. Memang buat semua orang terhibur. 

Apa-apa pun terima kasih atas peringatan. Siapa sangka isu bubble tea ni sampai buat ramai terkesan. Semoga kita sama-sama akan buat pilihan yang baik untuk kehidupan kita. Amiiin.

 

Baca: “Janganlah sebab artis minum kita pun ikot-ikot minum” Netizen Pertikai Xing Fu Tang &The Alley Tak Halal?

Screen Shot 2019 06 15 At 11.20.49 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.