in

“Awak pernah romen tak?” – Ibu Bapa Waspada! Ini Mesej Lelaki Pedophile Menyamar Budak Nak ‘Tackle’ Budak 12 Tahun

Pedo4

Astaghfirullahalzadzim! Minta-minta dijauhkan perkara ini kepada ahli keluarga kita, itu sebab lah kenapa pemantauan terhadap kanak-kanak ini harus dilebihkan dalam hidup zaman sekarang, lebih-lebih lagi jika didedahkan dengan teknologi digital ni.

Tak sangka aplikasi Tik Tok yang selama ini yang dijadikan sebagai hiburan untuk generasi muda rupa-rupanya ‘lubuk’ untuk golongan pedofilia ini ‘umpan’ kanak-kanak. Melihat perkongsian daripada pengguna Twitter ini, ia sudah cukup menggerunkan ibu bapa diluar sana.

 

“Awak pernah romen tak?”

Berdasarkan perkongsian ini, kanak-kanak 12 tahun menerima mesej daripada seseorang yang dikatakan menyamar sebagai budak berumur 10 tahun.

Selepas bertegur sapa, dia mula mesej berbaur lucah dan minta nombor telefon untuk dihubungi dengan ‘lebih dekat’ melalui Whatsapp. Aduh, ibu bapa kena alert pasal hal ni.

https://twitter.com/mushazy/status/1111355816940957696

Amat menjengkelkan! Mujurlah kanak-kanak ini tak melayan, tapi kalau tersilap langkah mungkin boleh mengundang padah.

Pedo

Kalau ikut logik, memang mustahil budak umur 10 tahun bagi ayat sampai macam ni sekali. Jadi, ibu bapa diluar sana, nak bagi gadget memang boleh tapi kenalah waspada dan rajin-rajin lah jenguk kandungan dalam gadget atau smartphone tu.

 

Baca : Pedofilia Ditembak Di Khalayak Ramai Lepas Rogol Budak 10 Tahun

Pedo2