in

“Australia akan merindui Najib”

Page Ta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keputusan PRU14 merupakan antara perkara bersejarah yang pernah berlaku di Malaysia selepas Barisan Nasional (BN) hanya mampu mengutip 79 kerusi parlimen sahaja daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.


Ekoran keputusan yang corot, Najib yang sebelum ini merupakan Pengerusi BN, dah pun melepaskan jawatannya serta jawatan sebagai Presiden UMNO pada hari Sabtu yang lalu.

N1
gambar hiasan

 

Najib berterima kasih dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia

Najib sempat mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberinya peluang untuk memimpin negara ini. Beliau juga turut meminta maaf untuk kesilapan yang dah dilakukannya sepanjang kepimpinan beliau.

Najib1
sumber: facebook

 

Bekas PM Australia memuji kepimpinan Najib

N2
sumber: the sun daily

Dengan kecundangnya PM ke-6, respon yang diberikan rakyat adalah berbeza-beza. Ada yang bersedih dan ada juga yang bersorak gembira. Tapi yang pasti, bekas PM Australia, Tony Abbott pasti akan merindui Najib!

Dalam tweet Abbott baru-baru ni, beliau mengatakan yang Australia akan merindui Najib walaupun pada masa ini, rakyatnya sendiri tidak merasa yang sedemikian.

Aussie1
sumber: twitter

 

Najib Razak merupakan rakan baik Australia

N3
sumber: abc

Dalam tweet yang seterusnya, Abbott mengatakan Najib merupakan rakan baik Australia serta menggambarkan bekas PM Malaysia itu sebagai suara teladan dan bijaksana semasa perhimpunan antarabangsa, lapor Malaysian Digest.

Beliau turut memuji Najib kerana boleh dilihat betapa kuat dan efektif perhubungan antara negara Malaysia dengan Australia sepanjang kepimpinanannya.

Aussie2
sumber: twitter

Wah, BFF ni….

Baca: Najib Letak Jawatan Presiden UMNO

Najib Umno 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.