in ,

“At least ada jugalah yang bersivik” – Pelajar Wuhan Kuarantin Diri Sendiri Dalam Garaj Sebab Taknak Keluarga Dijangkiti Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Of course sekarang ni semua dah tahu betapa bahayanya wabak Covid-19 kan? Daripada seorang individu pun dah boleh berjangkit kepada ramai orang.


Masalahnya, ada pula tu yang jenis tak ada sivik dan pentingkan diri dalam waktu darurat macam ni. Dah tau dijangkiti boleh pula pergi jalan-jalan dekat tempat awam dan paling banyak, sengaja meludah dalam lif.

Tapi, lain pula kisah seorang lelaki yang viral di China baru-baru ini. Demi cintanya pada keluarga, seorang pelajar sanggup kuarantin diri sendiri supaya jangkitan tidak merebak. Menurut China Press, pada 22 Januari lepas, Guo Yue yang juga seorang pelajar perakaunan baru pulang dari sebuah universiti dekat Wuhan.

Sebelum tiba di rumah keluarganya dekat Cangzhou, dia dah ambil langkah berjaga-jaga dengan memakai sarung tangan dan 3 lapis topeng muka.

Guo juga turut pesan pada bapanya supaya bawa cecair pembasmi kuman ke lapangan terbang supaya dia boleh ‘cuci’ semua barangan perbadi serta dirinya bila sampai. Malah, sepanjang dalam perjalanan dan ketika berada di dalam pesawat Guo pastikan dia tidak bercakap dengan sesiapa dan cuba mengurangkan komunikasi dengan orang awam.

Tiba saja di rumah, Guo mengambil langkah untuk kuarantin dirinya di garaj selama 2 minggu kerana bimbang dirinya membawa jangkitan itu.

Sebab saya baru pulang dari Wuhan dan sangat takut jika saya menyebarkan virus kepada orang lain. Jadi saya rancang untuk kuarantin diri selama 14 hari.”

Dua hari kemudian, rakan kelasnya di universiti disahkan positif Covid-19 jadi kerana risau Guo terus pergi periksa dirinya di hospital. Rupa-rupanya, dia juga positif Covid-19 dan dimasukkan ke hospital namun nasibnya baik kerana disahkan sihat sepenuhnya dan dibenarkan keluar pada 7 Februari.

Namun, kerana masih bimbang Guo tetap kuarantin dirinya selepas keluar hospital kerana tak mahu menjangkiti orang lain tanpa sengaja. Ketika di garaj itu, Guo berkomunikasi dengan keluarga melalui telefon dan makanannya pula dihantar oleh ibu bapa melalui lubang kecil di pintu.

Selepas 2 minggu dan yakin bahawa dirinya sudah sihat, Guo keluar dari bilik kuarantin tersebut dan lega bila dapat tahu dia tidak menjangkiti ahli keluarga serta orang di sekelilingnya.

Bagusnya! Semua patut ikut dia, tak selfish!

Baca: Dah Jumpa PM8 & Ahli Parlimen, Bekas Menteri & Timbalan Menteri Mungkin Dikuarantin Gara-gara Kontak Rapat Pesakit COVID 19?

Sumber: China Press
Sumber: China Press
Sumber: China Press
Sumber: China Press

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.