in

Dah Jumpa PM8 & Ahli Parlimen, Bekas Menteri & Timbalan Menteri Mungkin Dikuarantin Gara-gara Kontak Rapat Pesakit COVID 19?

Covid 19 Menteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Uish ini bukan perkara main-main ni!


Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tweet rasmi mereka berkata, terdapat penambahan dalam kes positif COVID 19 di Malaysia. 4 kes baru dicatatkan berlaku dengan menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes.

Pun begitu, apa yang lebih menakutkan ialah salah seorang pesakit daripada 4 ini katanya telah berada dalam keadaan kontak rapat (close contact) dengan seorang bekas menteri dan bekas timbalan menteri. Alamak!

 

Pesakit pegawai Khazanah, hadiri majlis bersama menteri dan timbalan 

Menurut Malaysiakini, pesakit tersebut difahamkan merupakan pegawai kanan pengurusan Khazanah dan ketua sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

Dia juga katanya telah menghadiri satu acara kementerian yang dihadiri oleh bekas menteri dan timbalannya.

Majlis tersebut merupakan majlis perhargaan sebelum kedua-duanya meninggalkan kementerian tersebut susulan pembubaran kerajaan Pakatan Harapan minggu lepas. Ia diadakan pada 27 Februari dekat sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Khazanah Nasional Berhad dalam satu kenyataan bertulis telah mengesahkan kakitangannya dijangkiti wabak Coronavirus. 

3Cb6A516Caf645Ed0B89F597F1E0044D14B80A6D

Menurut sumber, kakitangan tersebut ialah pesakit kes 26 yang telah ke Shanghai pada pertengahan Januari lalu. Dia katanya telah menghidap demam dan sakit tekak pada 27 Februari (hari sama acara diadakan) dan kemudian disahkan positif COVID 19 2 hari kemudian. 

Pesakit tu kini dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh.

 

Bekas menteri dan timbalan menteri kena self quarantine

Menurut sumber lagi, sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka kena self quarantine dan akan membuat pemeriksaan dalam masa terdekat.

Sebagai hint (jujur min pun tertanya-tanya siapa menteri dan timbalan ni), salah seorang daripada penjawat awam ni katanya telah menyertai kerajaan Perikatan Nasional dan seorang lagi masih kekal bersama Pakatan Harapan. Uish siapa agaknya ye? 

Mereka juga katanya telah berhubung dengan kalangan anggota Parlimen dalam siri pertemuan politik (termasuk dengan PM ke 8) ketika negara sedang berhadapan dengan kemelut politik berikutan tumbangnya kerajaan PH pada Isnin lalu.

Rk Muhyiddinyassin Swearinginceremony 010320

Sehingga semalam, tiada bukti yang menyatakan mereka menghidapi COVID 19 dan hampir mustahil juga untuk kalangan yang bertemu menteri dan timbalan menteri tersebut untuk dijangkiti dalam tempoh masa yang singkat walaupun jika mereka berdua positif COVID 19.

Phew! Harap-harap bekas menteri dan timbalannya tu pergilah ke hospital dan buat ujian saringan. Takutlah sebab dorang dah berjumpa ramai orang kan termasuklah PM kita. Haish haru dibuatnya! 

Baca: [RASMI] Tan Sri Muhyiddin Yassin Dilantik Sebagai Perdana Menteri ke-8

5Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.