“Asyik follow selagi tak bagi” – Wanita Berani ‘Block’ Kereta Orang, Minta Duit Kononnya Ibu Tunggal Dalam Kesusahan Di Shah Alam

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Nak kata tak sihat, nampak cukup zat tubuh badan. Tapi kenapa orang-orang yang elok dari segi mental dan fizikal ni tergamak buat kerja yang terkutuk demi dapatkan wang dengan cara mudah ye?

Baru-baru, ni viral di Twitter sebuah insiden yang kerap berlaku di Shah Alam, apabila netizen melaporkan kononnya ada seorang wanita gemar meminta wang dengan cara menghalang kereta mangsa di tepi jalan. Uish scary! 

 

“Wanita ni gangster. Kawan kena follow kat kawasan Bangunan MRCB. Dia ketuk cermin” 

Menurut perkongsian yang tengah heboh di grup-grup Whatsapp, suspek yang mengaku sebagai ibu tunggal dalam kesusahan ini akan drive kereta Kancil putihnya dan block kereta mangsa secara tiba-tiba dengan alasan ingin meminta wang. 

Walaupun perkara ni nampak macam harmless, tapi ada juga netizen yang claim mereka terkena perkara yang sama dan wanita ni pernah ikut mereka sampai mereka beri duit tersebut. Uish takuttt! 

Sumber: Twitter

 

“I kena waktu dekat Aeon Shah Alam. Dia aim orang yang nak pergi ke parking area” 

Bukan sikit-sikit orang yang pernah kena, ramai juga yang luahkan situasi sama. Menurut salah seorang netizen, wanita ni akan aim mereka yang berada di kawasan parking. Hati-hati orang Shah Alam! 

 

“Aku bagi seringgit dia campak balik duit aku… setan betul!” 

Sumber: Twitter

Apa-apapun netizen nampaknya macam tak boleh nak buat apa-apa sangat kepada wanita ini sebab katanya dia tak adalah menggunakan kekerasan yang keterlaluan sampai korang boleh dakwa dia di balai polis.

Sumber: Twitter

Macam manapun berhati-hatilah ye orang Shah Alam. Kalau boleh elakkanlah daripada bertembung dengan wanita ini. 

Baca: “Bodohnya pekat tak tambah air langsung” – [VIDEO] Bahaya! Mat Motor Menyelit Bawah Treler Kini Diburu Polis

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!