in

“Bodohnya pekat tak tambah air langsung”- [VIDEO] Bahaya! Mat Motor Menyelit Bawah Treler Kini Diburu Polis

Featured 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gila dan membahayakan!



Gambaran paling tepat untuk menjelaskan perlakuan individu ‘ini’ yang bertindak mencelah masuk di bawah sebuah treler yang sedang bergerak di sebuah lebuhraya di tanah air.

Dalam rakaman video berdurasi 30 saat itu dalam dilihat aksi merbahaya yang dilakukan penunggang motor tersebut yang merakam sendiri aksinya, malah pemandu treler turut membunyikan hon ketika kejadian.

https://www.facebook.com/ministryofsuperbike/videos/901195326882124/?v=901195326882124

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata kejadian itu dikesan berlaku di Kilometer 307 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan sekitar empat atau lima bulan lalu, lapor Berita Harian.

Hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal terbabit menunggang motosikal secara melulu dengan mencelah masuk ke bahagian bawah treler,”

Difahamkan polis kini sedang mengesan penunggang motosikal terbabit selain sudah mengambil keterangan pemandu treler berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kita sedang mengenalpasti identiti identiti penunggang, jenis dan nombor pendaftaran motosikal digunakan”.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Ni namanya sengaja cari masalah…

Baca : Terima kasih dik, jumpa kita di syurga- Kisah Mat Motor Pakcik Yang Kena Halau Masjid Malam AidilAdha

Aa

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.