Baru-baru ini, penyanyi rap, Caprice telah menyuarakan pendapatnya bahawa dia merasakan ia tidak menjadi masalah untuk kumpulan rock terkenal Coldplay untuk mengadakan konsert di Malaysia asalkan mereka menghormati budaya masyarakat tempatan.
Menerusi sebuah hantaran yang telah dimuat naik ke akaun Instagramnya, Caprice memberitahu, jika kumpulan itu tahu menghormati budaya tuan rumah dan tidak mengibarkan bendera ‘pelangi’ semasa konsertnya di Malaysia, maka tiada apa yang patut dirisaukan dengan penganjuran konsert itu.
https://www.instagram.com/p/CsNlYgmO8W6/
“Bagi Cap tiada masalah untuk Coldplay main dekat KL, as long as dia boleh respect budaya kita. As long as dia tak keluarkan bendera pelangi ke apa. Dia respect budaya kita, respect budaya tuan rumah insyaAllah selamat,” katanya.
Dalam pada itu, Caprice turut meminta agar penganjuran majlis agama di sekitar kawasan Kuala Lumpur ini dimudahkan supaya majlis agama dapat dikerapkan seperti majlis hiburan lain.
Caprice turut menyangkal tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan penganjuran konsert sebegini adalah punca keruntuhan agama Islam.
Tambahnya lagi, untuk menyelamatkan umat Islam rasuah harus dihapuskan serta mempersoal kenapa tindakan ke atas rasuah tidak diambil jika benar mahu selamatkan umat Islam.
“Nak selamatkan umat Islam, lawanlah judi, kamu berani ke nak langgar taikun? Nak selamatkan umat Islam kena hapuskan rasuah, kamu berani ke nak kantoikan kawan?,” soal Caprice.
Susulan pendapat yang disuarakan oleh penyanyi berkenaan, netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap pendapat Caprice.
Korang rasa betul ke apa Caprice cakap ni?
Baca : Tular Video Pakcik Bongkok Jadi Runner, Caprice Pakat Dengan Netizen Nak Hulur Bantuan