Satu video tular sejak semalam di media sosial yang meruntun hati rakyat Malaysia apabila kelihatan seorang pakcik tua yang masih lagi membanting tulang.
Video pakcik yang berbadan bongkok itu dirakam oleh seseorang dengan menunjukkan dirinya sebagai penghantar makanan.
Masih bekerja walaupun dah ‘pencen’
Dalam video yang berdurasi 56 saat itu, dilihat pemilik video bertanyakan kepada pakcik itu berkenaan dengan lokasi penghantaran. Ada yang dekat dan ada juga yang jauh, pakcik itu juga menjelaskan bahawa dia akan berbuka puasa di surau-surau berdekatan.
Dalam masa 13 jam ia dimuat naik, video tersebut telah meraih lebih daripada 1,300 jumlah retweets di Twitter.
Sebak tengok Pakcik ni.. dalam bongkok2 dia pun masih ada usaha untuk buat GrabFood 😢
Semoga Pakcik ni dipermudahkan Urusan 🤲 pic.twitter.com/FcpkI9olFT
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 13, 2023
Ia pastinya sudah membuat ramai netizen rasa sebak apabila melihatnya, ramai yang mendoakan kesejahteraan pakcik ini dan dilimpahkan rezeki serta dirahmati oleh Allah.
Dalam pada itu, ia juga telah mendapat perhatian daripada Caprice untuk cuba menjejaki pakcik ini dan mahu membantunya sebelum menjelang bulan Syawal nanti.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mencari pakcik tersebut dan mahukan maklumat akaun pakcik ini untuk salurkan bantuan.
Justeru, ramai yang memberikan panduan kepada Caprice untuk memudahkannya bertemu dengan pakcik ini.
Baca : Caprice Bagi ‘Jawapan’ Padu Lepas Syamsul Yusof Kata Dia ‘Cabut Lari’ Dari Sharnaaz