in

“Arwah hari hari tanya anak call tak” – Tak Ada Seorang Anak Pun Datang Jemput Lepas Sah Negatif, Ayah Meninggal Seorang Diri Dekat Hospital

Jenazah Hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang jururawat yang bertugas sebagai frontliners di sebuah hospital berkongsi kisah seorang pakcik yang ditinggalkan menghembuskan nafas terakhir tanpa anak-anak di sisi.


Menyedihkan, anak-anaknya sendiri yang tidak mempedulikannya di hospital meskipun sudah dibenarkan pulang selepas ujian saringan Covid-19 mengesahkan pakcik itu negatif.

Swab2

Menurut Che Suraini, pakcik itu sepatutnya sudah dibenarkan pulang beberapa hari lepas tapi bila pihak hospital hubungi anak lelakinya, dia berkata tidak dapat jemput ayah kerana sedang bekerja.

Sepatutnya patient dah boleh discharge 2 hari yang lalu sebab covid swab negative. Call relative (anak lelaki) – cakap tak boleh datang ambil ayah, tengah kerja. Call anak lelaki yang lain, wife jawab husband tengah tarawikh, tak boleh datang ambil juga, call lagi sekali engaged. Call esoknya pun sama sampai masa kita ugut nak report polis, tapi still tak ada feedback.”

Namun, menjelang petang ajal menjemput dan pakcik itu meninggal dunia seorang diri di hospital dalam keadaan sedang tertunggu-tunggu anak menjemputnya. Bila dah maklumkan kepada anak-anak tentang kematian ayah mereka, masing-masing datang serentak.

Jenazah2 2

Bila kita call relative bagitau ayah diorang dah takde, tiba-tiba 3 orang anak boleh je datang serentak cepat cepat. Kenapa masa call untuk jemput ayah pulang takde yang datang? Arwah hari-hari tanya anak dia ada call ke tak.”

Tergamak buat ayah macam tu… Arwah meninggal dalam keadaan berharap anak datang jemput dia pulang Smiley Cry

Baca: “Buka puasa dan sahur pun tak sempat”- Suami Kongsikan ‘Situasi’ Isteri Frontliner Jalankan Tugas Di Bulan Ramadan

Untitled Design 2 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.