Arab Saudi Temui Tapak Baharu Emas & Tembaga Di Madinah, Dianggar Bernilai RM2.4 Bilion

Tambah ke Sumber Pilihan
Arab Saudi Temui Tapak Baharu Emas & Tembaga Di Madinah, Dianggar Bernilai RM2.4 Bilion

Tapak galian emas dan bijih tembaga baharu dilaporkan ditemui pada Khamis lalu oleh Arab Saudi. Menurut Pemantauan Geologi Arab Saudi, penemuan bijih emas tersebut berada dalam sempadan Aba al-Raha, di wilayah Madinah.

Dalam pada masa yang sama, bijih tembaga turut ditemui di empat tapak di kawasan al-Madiq, yang juga di wilayah Madinah. Menurut laporan, penemuan baharu ini dijangka akan menarik pelabur tempatan dan antarabangsa, serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.


48972016728 47871D0Ffe ZSumber: Life in Arab Saudi

Sumber melaporkan, penemuan ini dijangkakan mempunyai saiz pelaburan sebanyak AS$533 juta (kira-kira 2.4 bilion) dan mampu menjana sekitar 4,000 peluang pekerjaan.

Sektor perlombongan adalah satu daripada sektor yang dikenal pasti untuk pengembangan ekonomi sebagai sebahagian daripada matlamat Wawasan 2030. Untuk rekod, Wawasan 2030 diilhamkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman.

960X0Sumber: Forbes

Pada Mei lalu, Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral Arab Saudi telah mengeluarkan rancangan untuk menarik AS$32 bilion (kira-kira RM145 bilion) pelaburan ke dalam sektor perlombongan negara itu.

Kredit: Harian Metro

BACA: Jenama Mewah Rusia Ini Tawar iPhone 12 Pro Edisi Mekah & Madinah Dengan Harga RM37,000

Capture 14

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Hafiz Ahmad
Lagi tulisan Hafiz
Penggemar ayam 4Fingers.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Arab Saudi Temui Tapak Baharu Emas & Tembaga Di Madinah, Dianggar Bernilai RM2.4 Bilion
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/arab-saudi-temui-tapak-baharu-emas-tembaga-di-madinah-dianggar-bernilai-rm2-4-bilion/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM