Bank Rakyat memperkenalkan dua kemudahan digital baharu menerusi platform iRakyat iaitu Virtual Ar-Rahnu-i dan Pembiayaan Semula Ar-Rahnu (e-Overlap) bagi memudahkan pelanggan mendapatkan pembiayaan secara online.

Antara kemudahan yang diperkenalkan:
- Virtual Ar-Rahnu-i
- Guna simpanan emas digital Akaun-i eGold sebagai cagaran
- Dapat tunai segera tanpa perlu jual emas
- Pembiayaan dari RM100 hingga RM500,000
- Pembiayaan Semula Ar-Rahnu (e-Overlap)
- Pembiayaan tambahan berdasarkan harga emas semasa
- Tidak perlu hadir ke cawangan atau Ar-Rahnu X’Change
- Margin pembiayaan sehingga RM350,000
- Had maksimum 80% daripada nilai emas semasa

“Sekiranya harga emas meningkat, pelanggan berpeluang memperoleh pembiayaan tambahan secara dalam talian melalui platform perbankan internet iRakyat tanpa perlu membuat gadaian baharu atau hadir ke cawangan atau Ar-Rahnu X’Change,” menurut Bank Rakyat dalam satu kenyataan.
Menurut Bank Rakyat, kedua-dua kemudahan ini boleh diakses secara layan diri pada bila-bila masa dan merupakan inisiatif Ar-Rahnu digital pertama di Malaysia bagi memperluas akses pembiayaan patuh Syariah dengan lebih mudah dan pantas.
Sumber: Bank Rakyat
