Impak kes novel coronavirus yang sedang menular di seluruh dunia lebih terasa di Wuhan yang menjadi punca wabak terbaru ini.
Angka kes jangkitan dan kematian makin meningkat setiap hari membuatkan kerajaan mengisytiharkan perintah darurat di wilayah Hubei sejak 23 Januari lalu. Ini merupakan darurat terbesar di dunia bagi membendung wabak ini tersebar ke tempat lain dan negara-negara lain.

Hubei yang terkenal dengan kilang kereta dan bandar Wuhan yang sentiasa sibuk dengan penduduk seramai 60 juta orang kini menjadi sunyi sepi seakan-akan movie cerita seram yang sering kita tonton.
Menurut Bloomberg, bekas ketua jeneral Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China berkata kuarantin ini perlu dilakukan. Ia seperti berperang, susah nak buat, tapi kita perlu buat.
Kalau wilayah ini tak ditutup, beberapa orang akan cuba untuk pergi ke luar negara bagi mendapatkan pertolongan perubatan dan ini akan menjadi kekecohan yang tak dapat dibendung.
Dekat bawah ni, korang boleh tengok keadaan di Wuhan selepas menjalani darurat selama dua minggu yang diambil dari Buzzfeed News.
Keadaan Di Wuhan Lepas Dua Minggu Kerajaan Isytihar Darurat







Dahsyatnya, harap keadaan ni akan berakhir segera. Aminnn