in

“Api besar sangat, saya tak berani” – Video Sebak Pasangan Jadi Benteng Lindungi Anak Daripada Api Kebakaran Sampai Isteri Maut

Terbakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
“Api besar sangat, saya tak berani” - Video Sebak Pasangan Jadi Benteng Lindungi Anak Daripada Api Kebakaran Sampai Isteri Maut
Loading
/

Sebagai ibu bapa, pasti kita akan berusaha sedaya upaya nak lindungi anak kecil kita kalau ditimpa bahaya, samapi ke tahap bergadai nyawa untuk pastikan dia selama, misalnya macam insiden ni.


Tak tahan sebak rasanya bila tengook video bapa jadi ‘perisai’ ketika api tengah marak akibat berlaku kebakaran dirumahnya. Lebih pilu lagi ibunya maut di tempat kejadian

 

Ibu maut ayah kritikal anak cedera di kepala

Rakaman yang tersebar di Facebook ini menunjukkan ibu bapa bergegas ke arah anaknya yang berumur 4 tahun itu apabila api mula marak keluar sewa mereka di tingkat 5. Kelihatan seperti mereka sekeluarga teprangkap di dalam jeriji tingkap mereka.

Menurut Dailymail, ibunya maut akibat kebakaran tersebut dan si ayah dalam keadaan kritikal kerana badan melecur dan anaknya mengalami kecederaan di kepala.

Kebakaran itu berlaku pada pukul 3 petang semalam (19 Jun) di kawasan Guangzhou. Kebanyakan barang yang terbakar adalah kain baju dan objek-objek kayu di bangunan itu.

Saudara mereka Zhang, yang menetap di perumahan yang sama ada cuba nak selamatkan mereka lepas nampak api besar di rumah mereka.

Namun bila sampai ke tempat kejadian…

 

Api sangat besar dan saya tak berani nak naik”

Lantas dia menghubungi pihak bomba. Menurut saudaranya lagi, anak kecil itu merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik. Ketika kejadian lagi 3 adik beradiknya tiada dirumah.

Ibunya maut dan si ayah berada dalam keadaan kritikal sewaktu pihak bomba menyelamatkan mereka. Kalau lambat tak tahu lah nasib budak tu.

Seramai 99 anggota bomba yang terlibat dalam kejadian kebarakan itu dan api telah berjaya dipadamkan pada jam 3.30 pm.

Menurut pihak tempatan di negara tersebut, mereka berdua tak dapat melarikan diri kerana tersekat akibat pagar pintu depan mereka berkunci.

Punca kebakaran mash belum dikenali pasti dan siasatan masih dijalankan.

 

Baca : “Mayat dalam keadaan bersujud” – Tragedi Kebakaran Di Langkawi, Ibu & Anak Mati Berpelukan, Ayah Pula Rentung Di Ruang Tamu

Rentung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.