in

“Mayat dalam keadaan bersujud” – Tragedi Kebakaran Di Langkawi, Ibu & Anak Mati Berpelukan, Ayah Pula Rentung Di Ruang Tamu

Mangsa Langkawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengejutkan serta menyedihkan… Baru pagi tadi, sebuah tragedi kebakaran telah dilaporkan berlaku di Langkawi apabila tiga beranak dipercayai maut akibat kejadian tersebut.


Menurut Astro AWANI, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun bersama ibu bapanya maut akibat rentung dalam satu kebakaran yang berlaku di rumah milik keluarga dekat Perkampungan Nelayan, Bukit Malut, Langkawi.

56306599 255310248757614 3542287974026706944 N
sumber: facebook

 

Ibu ditemui mati bersujud bersama anak di dalam bilik air

Mangsa, Mohd Naufal Mohd Nahar, 6 bersama ibunya, Nur Suhaila Ahmad, 41 ditemui rentung dalam bilik air. Ketika mayat ditemui, Suhaila dilaporkan dalam keadaan bersujud di sisi mayat anak lelaki bongsunya.

Manakala seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada mangsa pulak ditemui rentung seluruh badan di ruang tamu rumah tersebut.

56490396 396283367873950 2088619257192513536 N
sumber: facebook

Menurut ahli keluarga mangsa, Mohd Ridzwan Man, 40, dia antara orang pertama yang bergegas ke lokasi tersebut apabila mengetahui kejadian menimpa mangsa sekitar jam 8 pagi.

“Setiba di tempat kejadian, saya meminta izin pihak polis untuk masuk ke dalam rumah musnah terbakar itu bagi mengenal pasti mayat yang ditemui.

“Mayat wanita dewasa dan kanak-kanak lelaki ditemui di dalam bilik air memang sah Nor Suhaila Ahmad, 41 bersama anaknya, Mohd Naufal Mohd Nahar, 6. Mereka adalah isteri dan anak kepada Mohd Nahar Suhami, 39.

“Mayat dijumpai di ruang tamu pula hanya ada cebisan akibat rentung,” katanya yang juga bapa saudara kepada Mohd Nahar.

 

Dua beranak masuk bilik air untuk selamatkan diri

Tambah Mohd Ridzuan lagi, mayat kanak-kanak yang maut itu nampak lebih sempurna dan ibu serta anak itu dipercayai masuk ke dalam bilik air kerana ingin menyelamatkan diri.

“Mayat kanak-kanak lelaki nampak lebih sempurna dan saya percaya dua beranak itu cuba menyelamatkan diri dengan masuk ke bilik air ketika kebakaran.

“Rumah ini digunakan keluarga terbabit sebagai persinggahan sahaja kerana mereka memiliki kediaman lain di Kampung Kenyum,” katanya.

55798240 396283387873948 8513667775393169408 N
sumber: facebook

 

Kali terakhir bertemu ketika tonton persembahan udara LIMA 

Menurut Berita Harian, pasangan yang maut itu mempunyai lima orang anak iaitu empat perempuan dan seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 6 hingga 20 tahun.

Kali terakhir Mohd Ridzwan bertemu dengan anak saudaranya itu ialah pada 2 hari lalu apabila mereka sekeluarga berkelah sambil menonton persembahan udara di LIMA 19.

“Ketika itu, tiada perubahan sikap yang ketara, malah saya sempat bergurau dengan anak lelaki tunggal arwah yang turut terkorban dalam kebakaran berkenaan,” katanya.

71554093708 Keluarga
sumber: astro awani

Ketua Polis Daerah Langkawi memaklumkan bahawa sehingga kini punca kejadian dan kerugian masih lagi dalam siasatan.

Al fatihah… Semoga keluarga kepada mangsa ini tabah hadapi dugaan yang menimpa. 

Baca: Lelaki Sebak Lihat 9 Anak Kucing Peliharaan Rentung Berpelukan Akibat Kebakaran di Rumah

Bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.