in

Kena Halau Duduk Kandang Kambing

Kena Halau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kita tak sabar-sabar membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi, tanpa kita sedar ada insan yang hidup dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. Ibu kepada 7 anak ini khabarnya tinggal di kandang kambing dekat Kampung Batu 5, Gua Musang lepas bercerai dengan suami, lapor Kosmo.


Ruslida Kamarazaman, 38, bersama anak berusia dari 2 hingga 13 tahun ni tak ada rumah lain lagi lepas dihalau suami sebelum bercerai. Namun mereka bernasib baik kerana kandang yang diduduki tu kosong dan adik iparnya beri kebenaran tinggal kat situ sebab tak mampu nak sewa rumah lain.

Halau 1
sumber: bh

“Dengan pendapatan RM10 sehari hasil menoreh getah, tak mungkin saya menyewa rumah lain. Duit itupun tak cukup hingga saya terpaksa berpuasa dan anak pula terpaksa makan nasi berkuahkan kicap.

“Anak lelaki berusia 13 tahun tidak mahu bersekolah kerana kemiskinan ini dan dia bekerja dengan mengambil upah mengangkat getah sekerap,” kata Ruslida.

Malah Ruslida jugak tak kisah tinggal di rumah seperti ini kerana sekurang-kurangnya tak perlulah dia nak belanja banyak untuk duit sewa rumah, bil letrik dan air. Rumah ni sudah dianggap ‘syurga’ bagi dia dan anak-anak nak berteduh. Alahaaaiii! 

Image
sumber: kosmo
34474993 1804183756308218 8185617022273454080 N
sumber: facebook
34479777 1804183796308214 7070315630133510144 N
sumber: facebook

“Ketika ini hanya saya bersama tiga anak berusia dua, sembilan dan 13 tahun tinggal di bangsal kambing ini. Bangsal kambing ini juga tidak mempunyai bekalan elektrik dan hanya menggunakan lilin pada waktu malam,” katanya.

Sehingga kini, Ruslida masih belum terima bantuan dari mana-mana pihak dan bagi mereka yang ingin hulurkan bantuan korang bolehlah hubungi Ruslida di talian 011-36810278. 

Marilah menderma dalam bulan Ramadan yang mulia ni. Allah limpahkan pahala bagi mereka yang murah hati. 

Baca: Keluarga Miskin Terkandas Selepas Dihalau Keluar Bas Hanya Kerana Anak Kecil Menangis

Halau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.