Setiap perempuan pun memang akan terkejut dan takut bila berdepan dengan situasi macam ni. Lebih-lebih lagi bila tak ada orang di sekeliling. Tapi, seorang wanita buat keputusan bijak dengan menjerit bila berdepan situasi berjumpa dengan ‘flasher‘.
Seorang lelaki berumur 38 tahun ditangkap menayangkan alat sulit dia kepada seorang gadis dekat sebuah mesin ATM di India. Menurut The Hindu, mangsa bernama Shibani kongsi pengalaman dia dekat Instagram dan mendapat pujian ramai disebabkan tindakan dia memberanikan diri.
Kata Shibani, ketika kejadian, dia pergi ke mesin ATM to withdraw some money untuk bayar dekat pemandu rickshaw yang dia naiki. Ketika dia nak keluarkan duit, lelaki bernama Sandeep Khumbharkar tu berjalan masuk ke dalam premis dan tanya dekat Shibani sama ada dia nak pemandu tak?
Lepas tu Shibani tolak sebab dia tak perlukan pemandu dan terus keluar dari premis sebab nak bagitau pemandu rickshaw tadi tu yang mesin ATM ada problem so dia tak dapat keluarkan duit.
Sebaik saja saya keluar dari tempat ATM, saya bergaduh dengan pemandu rickshaw berkenaan bayaran tambang. Masa itulah kereta polis berhenti dan saya terangkan situasi yang berlaku kepada mereka.”
Lepas explain dekat polis, Shibani pergi balik ke ATM untuk cuba nasib keluarkan duit. Masa dia tengah terburu-buru nak keluarkan duit, lelaki ‘flasher‘ tu datang ke arah dia dan meraba.
Dia makin rapat dan sentuh bahu dan paha saya, dan bertanya lagi jika saya perlukan bantuan.”
Terkejut, Shibani memberanikan diri dan menjerit dekat lelaki tu untuk berhenti meraba dia tapi lelaki tu tak give up pun. Dengan selamba, dia panggil Shibani dan paksa dia tengok alat sulit yang dah dikeluarkan dari seluar.
Shibani pun apa lagi, dia terus ambil telefon dan rakam perbuatan tak senonoh lelaki tu. Bila dah tau ada orang tengah rakam video, baru dia cuak dan terus larikan diri. Korang boleh tengok sendiri video tu dekat Twitter dia.
Shibani terus lari pergi dekat polis dan tunjuk video tu. Polis pun terus kejar lelaki tu yang tengah cuba larikan diri naik scooter. Akhirnya, lelaki tu berjaya ditangkap dan ditahan reman.
Horny sangat ke sampai sanggup tunjuk anu dekat tempat awam?