in

“Dia garu-garu private dia” – Lelaki Goncang Kemaluan Di Hadapan Siswazah Di Bus Stop Seksyen 7 Shah Alam

Seksyen7Shahalam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepada wanita, terutamanya pelajar di universiti awam di Seksyen 7 mohon agar berhati-hati jika bersendirian di tempat awam. Semalam ada seorang pelajar IPT ini didatangi oleh lelaki pervert ketika dia sedang menunggu bas.


 

Mati-mati aku ingt pakcik ni stop sebab nak on call ..

Pada waktu itu dia tak sedar bahawa lelaki itu sedang memberikan aksi lucah kepadanya, tapi dia mula sedar apabila sudah masuk ke dalam bas.

Menurut wanita ini, detik mencemaskan itu berlaku semalam (5/3/2019) pada pukul 3.38 petang ketika dia dalam perjalanan menuju ke kuliah.

Difahamkan, lelaki tersebut berbangsa India, identiti disembunyikan sambil memakai jaket dan topeng muka.

“Ada seorang pakcik india naik motor tapi die stop kat bustop jap, tgok mcm die tgah on call .. so buat bodoh juga la, then prasan mcm die garu-garu kat private die .. ingat kan gatal ke apa ke so whatever, biar je la ..”

Ketika dia sedang menunggu bas, perbuatan menjengkelkan itu tidak jelas kelihatan, namun setelah gadis ini duduk didalam bas, dia menyedari bahawa lelaki yang sedang menaiki motosikal tersebut rupa-rupanya menyelak jaket sambil tayang dan menggoncang kemaluannya.

“Bas rapid pun da sampai so naik and dduk dkat kerusi blkg yg menghadap pintu blkg .. die dgn tiba2nya selak jaket die and …….. yeah, trnampak private die sbb die mmg sngaja tunjuk .. still buat x tau and brani kan diri untuk rakam video ini ..”

Lebih mencemaskan lagi apabila pada waktu itu, orang tengah tak ramai lagi. Ia pasti menimbulkan rasa trauma terhadap diri mangsa malah kaum-kaum wanita yang melihat video ini.

Zaman sekarang ni manusia pelik-pelik, ada je perkara aneh yang nak ditayang kat orang lain. Rasanya perkara macam ni dah berlaku banyak kali di merata tempat, jadi semoga korang hati-hati jika ditempat awam terutamanya wanita.

 

Baca: Saya horny” – Lelaki Kena Tahan Polis Sebab Melanc*p Waktu Tunggang Motor

Horny

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.