in

Bebas Atau Ke Penjara? Keputusan Kes Seleweng RM42 Juta Dana SRC Datuk Seri Najib Ditentukan Hari Ini

Najib Razak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama menanti dengan penuh debaran, rakyat Malaysia ni hari ini bakal mengetahui nasib bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

 

Bebas atau ke penjara?


Menurut Harian Metro, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan menjadi tumpuan hari ini kerana beliaulah yang akan menentukan nasib Najib apabila memikul tanggungjawab membuat keputusan tersebut yang dijangka akan diumumkan pada 10 pagi ini. 

Mengimbau kembali fakta kes, Najib telah berdepan dengan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Jikalau sabit kesalahan, Najib yang juga perdana menteri keenam Malaysia dari 2009 hingga 2018 ini akan menjadi ketua negara pertama Malaysia yang meringkuk di dalam penjara.

 

Pintu masuk mahkamah mulai sesak, penyokong berpusu ke mahkamah

Menerusi perkongsian di Twitter, perkarangan Mahkamah Jalan Duta sekitar jam 8 pagi ini kelihatan sedikit sesak dan pegawai polis telah pun mengawal laluan masuk ke kawasan tersebut. 

Penyokong Datuk Seri Najib yang lengkap memakai baju sokongan ‘Bossku’ dilihat memenuhi sekitar kawasan dan tidak sabar menanti keputusan yang akan diumumkan dalam beberapa jam lagi.

Apa-apapun kita doakan semoga keputusan terbaik akan diumumkan mahkamah nanti.

Baca: “Semua salah Najib” – Tun M Dedah Siapa ‘Dalang’ Sebenar Disebalik Kejatuhan Pakatan Harapan

Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.