in

“Apa alasan kita tak mahu mengaji?” – Ustaz Lumpuh Aktif Mengajar Mengaji, Ada Ratusan Murid Sanggup Belajar Di Rumahnya!

Mengaji Lah Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai manusia, biasalah kan kadang-kadang iman kita naik dan kadang-kadang iman kita turun. Di usia yang muda ni, kita sering bazirkan masa dengan buat perkara tak berfaedah daripada beribadah dan memanfaatkan keadaan di sekeliling.


Tapi rasanya korang patut rasa malu dengan seorang pakcik ni kerana meskipun dia terbaring atas katil akibat lumpuh, dia masih nak berbakti kepada masyarakat dengan mengajar budak-budak mengaji. Waaah! 

Untung Wahno
sumber: islampos

 

Menderita lumpuh sejak usia 15 tahun, Ahmad Wahno gigih ajar Al-Quran kepada ratusan murid

Menurut Islampos, Ahmad Wahno, 60 yang telah menderita lumpuh semenjak usia 15 tahun ni adalah seorang yang telah memberi banyak inspirasi kepada mereka di luar sana.

Penyakit lumpuhnya langsung tak buat Wahno mengalah dan berbekalkan ilmu dari pendidikan di Madrasah Tsanawiyah (MTs), dia gigih mengajar baca dan tulis Al-Quran pada ratusan remaja di Dusun Lemiring, Wonosobo, Indonesia.

Dde31528B789164A0Ec4Fcdfd08A807A

1 6
sumber: blog

Anak sulung daripada 6 adik beradik ini katanya telah mula mengajar Al-Quran semenjak 25 tahun lepas dalam keadaan berbaring. Dia yang kini tinggal di rumah adik bongsu menjalani rutin ajar Al-Quran dari pukul 1.00 petang hingga waktu Solat Asar tiba. Hebatnya! 

 

Anak murid duduk di ruang tamu dan Wahno terbaring mengajar dalam bilik

Oleh kerana Wahno tak boleh berganjak daripada bilik tidur, proses pengajarannya agak lain dari lain sikit.

Budak-budak yang belajar mengaji akan duduk di ruang tamu bahagian depan rumah, manakala Wahno pulak ada di dalam bilik. Dia juga akan gunakan microphone sebagai alat untuk pembesar suara dan pengajarannya boleh didengari murid-murid yang lain.

Lebih menarik lagi, meskipun Wahno mengaku yang dia masih belum hafiz, dia sudah boleh menulis rangkuman doa-doa yang baik untuk anak muridnya dalam satu kitab doa.

5214Bdb529Ff52C2Bc08D9B03F97B94E Xl

Tulis 1
sumber: blog

Terharu tengok keadaan tangan dia yang senget-senget tu pun, tulisan jawi tetap cantik! Nah tengok full video pasal Ahmad Wahno di bawah ni. Salute lah! 

Apa alasan korang untuk tak mengaji? Sedangkan yang lumpuh pun boleh ajar orang mengaji kan…. 

Baca: “Hikmah tirai besi” – Dari Banduan Kini Bergelar Al-Hafiz

Banduan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.