Benarlah kata orang, hidup itu ibarat roda kadang kita berada di atas kadang kita berada di bawah.
Kisah kita semua berbeza-beza, begitu juga nasib manusia.
Kisah yang dipetik dari BERNAMA ini sudah cukup untuk menginsafkan kita bahawa manusia itu tidak sempurna.
Hikmah menjalani hukuman di tirai besi benar-benar mengubah kehidupan lelaki ini yang hanya dikenali sebagai Faisal (bukan nama sebenar).
Daripada tidak mengenal huruf dalam al-Quran kini bergelar Al-Hafiz.”
Faisal 30 tahun sebelum ini merupakan seorang yang berjawatan penting di sebuah jabatan kerajaan sebelum dijatuhkan hukumann penjara selama 4 tahun 4 bulan sejak 2017 akibat melakukan jenayah peras ugut.
Katanya kehidupan sebagai penghuni tirai besi di Penjara Marang, Terengganu nyata mengubah hidupnya 360 darjah.

Faisal mengakui dia sebelum ini banyak menghabiskan masa dengan aktiviti keduniaan sehingga lalai dan lupa tanggungjawab pada agamanya namun semuanya berubah apabila dia mula mengenali al quran dan mendekatkan diri kepada pencipta sebermula kehidupan sebagai banduan.
Kehidupan saya sebelum berada di dalam penjara amat berbeza dengan sekarang… memang saya mempunyai segalanya seperti kemewahan, jawatan tinggi serta kuasa tetapi saya jahil, tidak pandai mengaji, saya lupa Allah dan apabila melihat al-Quran tidak pernah terdetik di hati saya untuk cuba membaca mahupun memahami isi kandungan kalam Allah itu.”
Bagaimanapun ida mengucapkan syukur kerana di penjara dia berpeluang mencari diri yang sebenar dan mendalami ilmu agama, belajar tajwid dan membaca al-quran.

Pada awal kemasukan ke penjara, saya tidak pandai membaca al-Quran malah tidak mengenali huruf jawi”
Bapa kepada 3 cahaya mata itu berkata pada peringkat awal agak sukar baginya untuk menanam rasa cinta pada kalam allah itu namun dia tekad untuk mengubah hidupnya selain bantuan dan tunjuk ajar ustaz di penjara.
Semoga kita semua terus istiqomah dan tawadhuk dalam segala amal dan perbuatan.