in

“Kalau dia jemput secara rasmi pun saya takkan hadir” – Nazim Othman Menyesal Tak Pertahankan Perkahwinannya Dengan Bella Dally

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti dah tahu yang Bella Dally telah pun selamat diijabkabulkan dengan seorang ahli perniagaan Arif Izuddin pada Ahad lepas.


Lepas Bella Dally dan Nazim Othman bercerai pada tahun lepas, kita jarang dengar Nazim atau Bella buka mulut tentang satu sama lain.

Akhirnya lepas Bella selamat bergelar isteri Arif, barulah Nazim buka mulut pasal isi hatinya. Menurut Kosmo, Nazim terkesan bila dia melihat bekas isterinya telah pun disunting oleh orang lain.

Screenshot 2019 03 31 At 4.11.04 Pm

“Ini antara perkara yang orang luar tidak tahu. Saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu menunjukkan perasaan sebenar. Malah, saya tidak ‘wish’ pun di sosial media saya. Cukup orang tahu saya mendoakan kebahagiaan buatnya yang saya pernah luahkan padanya depan-depan.

“Saya tidak boleh marah atau dendam, kerana perceraian berlaku atas pilihan sendiri. Jadi, saya kena terima ketentuan dan hakikat. Saya kena belajar. Pokok pangkalnya dalam rumah tangga adalah lelaki. Saya mengambil iktibar daripada pengajaran perkahwinan terdahulu.

Bella Daly Nazim

“Sejujurnya, saya masih terkesan lagi. Saya akui perkara itu. Sedikit sebanyak masih ada. Terkesan sebab kenapa tidak pertahankan dan tidak kuat. Saya marah dan rasa ralat pada diri. Dalam beberapa bulan selepas bercerai, saya ‘down’. Kemudian saya kembali okey selepas maafkan diri sendiri.

Bella ada menjemput ke majlis perkahwinannya, tetapi dalam nada gurauan. Namun, jika dia menjemput secara rasmi sekalipun, saya tidak akan hadir.

“Hal ini kerana, saya mahu menghormati majlis berkenaan walaupun hubungan saya dan Bella serta ibu bapanya masih baik.”

Kalau korang nak tahu, Nazim Othman baru saja melancarkan single terbaru berjudul Cerita Kita. Tapi menurutnya, lagu ni bukan tentang Bella tau. Katanya, lagu ni dah lama siap, sejak dia dengan Bella lagi.

Tahniah admin ucapkan pada Bella Dally dan suami serta tahniah juga pada Nazim Othman atas single terbarunya ini.

 

Baca: Nazim Othman Kongsi Detik Sukar Untuk ‘Haters’ Yang Dengki & Busuk Hati Dengan ‘Life’ Dia

Screenshot 2019 04 02 At 11.20.30 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.