in

Antibodi Sahaja Tidak Cukup Untuk Lindungi Bekas Pesakit Covid-19 Dari Jangkitan Kedua – KKM

Feature 1 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, sejumlah bekas pesakit Covid-19 di Korea Selatan telah disahkan kembali positif virus itu walaupun sebelumnya telah disahkan negatif oleh doktor. Memang membimbangkan betul virus ni.

Perkara ini juga turut disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang mengatakan bahawa antibodi bekas pesakit wabak ini tidak melindungi mereka dari dijangkiti buat kali kedua, lapor Harian Metro.


Kkm 2

Beliau mengesahkan perkara terbabit setelah laporan dari pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengatakan bahawa memang tiada bukti yang menunjukkan antibodi boleh melindungi mereka dari dijangkiti buat kali kedua.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi kaunseling kepada bekas pesakit sebelum mereka dibenarkan pulang supaya mereka akan lebih berhati-hati agar tidak dijangkiti semula.

Pesakit 1 1

Ketika artikel ini ditulis, seramai 3,862 bekas pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital dan kebanyakan mereka sudah mempunyai antibodi, namun ia tidak bermakna bekas pesakit boleh terselamat dari dijangkiti buat kali kedua.

Pesakit 2 1

Jadi, kesemua mereka masih perlu sentiasa menjaga kebersihan dan mengambil langkah pencegahan. Namun, menurut beliau, buat masa ini, tiada kes jangkitan kali kedua dilaporkan di Malaysia.

So, admin nasihatkan korang jangan ambil mudah dengan virus ini sebab orang yang pernah terkena pun boleh terkena lagi sekali. Ingat, sentiasa basuh tangan dan pakai mask ketika di tempat awam. 

Baca: “Selagi takde vaksin memang payah” – 51 Bekas Pesakit Covid-19 Di Korea Selatan Kembali Positif, Virus Boleh Aktif Balik

Pesakit

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.