in

“Jangan berhenti susukan anak” – Ibu Positif Boleh Hasilkan Antibodi Covid-19 Untuk Bayi

Page Ibu Susu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak wabak Covid-19 melanda negara kita lebih dari dua tahun, bermacam cara pencegahan yang disaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai usaha untuk mengurangkan penularannya.

Bukan itu saja, kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak juga tidak dibenarkan untuk menyusukan anak mereka. Ini kerana, keadaan bayi yang baru lahir mudah terdedah dengan pelbagai penyakit terutamanya Covid-19.


Walau bagaimanapun, menurut posting Twitter yang dibuat oleh pakar perubatan dari Kanada yang dikenali sebagai Michael Narvey menerusi akaunnya iaitu @NICU_Musings mengesahkan seramai 60 orang ibu telah pulih sepenuhnya dari Covid-19.

Ujarnya lagi, tiada virus RNA yang membawa virus jenis Coronavirus dalam susu ibu yang baru bersalin malah antibodi dapat dikesan dalam anggaran sebanyak 83%. Perkara ini juga disahkan menerusi kajian di portal National Library of Medicine.

Kenyataan dari Michael itu disokong kuat oleh seorang Pakar Pediatrik dan Neonatologi dari KPJ Damansara, Dr Mohammad Iqbal dengan menegaskan susu ibu positif dapat melindungi bayi dari dijangkiti Covid-19 dengan antibodi yang terhasil.

Namun, pencegahan kendiri dari ibu juga amat penting demi memastikan kesihatan anak lebih terjamin. Maka, mereka disarankan untuk sentiasa memakai pelitup semasa menyusu selain basuh tangan sebelum dan selepas memegang bayi.

Lega lah ibu-ibu yang baru bersalin tu dapat susukan anak… Pastikan sentiasa jaga kesihatan dan juga SOP walaupun tengah berpantang ya!

Baca: [TERKINI] “Boleh rapatkan saf” – Fasa Endemik Bermula 1 April, Ini 8 Perkara Diumumkan PM

Untitled 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.