in

Anjing Selamatkan Keluarga Tuannya Dari Dirompak Sekumpulan Lelaki Berparang di Klang

Anjing Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Anjing Selamatkan Keluarga Tuannya Dari Dirompak Sekumpulan Lelaki Berparang di Klang
Loading
/

Bak kata pepatah Inggeris, “Dog is man’s best friend.” Pepatah ini terbukti benar apabila dua ekor anjing peliharaan berjaya menghalau sekumpulan lelaki yang cuba merompak rumah tuannya.


Dalam kejadian yang berlaku pada 10.28 malam Ahad lepas, mangsa yang sedang memindahkan sesuatu dari keretanya didatangi oleh lima lelaki berparang yang berhenti di hadapan rumahnya dekat Bukit Bayu Tinggi, Klang, lapor The Star.

Lima orang lelaki yang lengkap memakai topeng keluar dari sebuah kereta jenis MPV cuba menyerang mangsa dengan parang. Mangsa walau bagaimanapun cepat-cepat berlari masuk ke dalam rumah sebelum melepaskan dua ekor anjing peliharaannya.

Anjing 1
sumber: facebook
Anjing 3
sumber: facebook
Anjing 4
sumber: facebook

Anjing-anjing tersebut mula menyalak dan mengejar perompak tersebut yang seterusnya berlari masuk ke kenderaan mereka dan memecut laju meninggalkan tempat kejadian.

Anjing 5
sumber: the star
Anjing 6
sumber: the star
Anjing 2
sumber: facebook

Menurut Ketua Polis Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli, susulan dari laporan polis yang dibuat mangsa, pihak berkuasa berjaya menyerbu sebuah rumah di Taman Sentosa semalam dan menangkap seorang suspek yang berusia 30 tahun.

Hasil siasatan polis lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine. Malah suspek juga pernah mempunyai rekod terlibat dalam 27 kes sebelum ini. Fuh dah banyak jenayah dia buat! 

Rakaman CCTV dari rumah mangsa tular di laman Facebook We Are Malaysian Isnin lalu selepas ia dikongsikan oleh rakan mangsa. Rata-rata netizen yang melihat rakaman itu bimbang dengan jenayah yang kian berleluasa di kawasan Lembah Klang.

Comment 1 Vert
sumber: facebook

Semoga semua perompak yang terlibat berjaya ditangkap polis tidak lama lagi! 

Baca: Anjing Menyalak dan Cakar Pintu Rumah Untuk Selamatkan Dua Beradik Sedang Tidur Dari Kebakaran

Anjing Menyalak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.