in

Anjing Menyalak dan Cakar Pintu Rumah Untuk Selamatkan Dua Beradik Sedang Tidur Dari Kebakaran

Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Khamis, 13 Mei, satu kebakaran telah berlaku di kem perlombongan di Benguet, Filipina kira-kira jam 11 malam. Sewaktu kejadian, dua beradik Wilbur Santos, 14, dan Kurt Santos, 12, sedang nyenyak tidur di bilik mereka di sebuah banglo.


Hanya mereka yang berada di dalam banglo memandangkan penghuni yang lain bekerja dan sedang bercuti. Melihat kebakaran itu merebak dengan begitu pantas, anjing peliharaan mereka, Miztah segera mengejutkan tuannya dengan menyalak tanpa henti dan mencakar pintu.

Anjing1 1
sumber: abs-cbn news

Dia menyalak kepada kami. Apabila saya dengar, saya segera keluar. Kemudian saya lihat api merebak begitu pantas,” beritahu Wilbur.

Rumah itu sudah pun dipenuhi asap tebal ketika dia sedar jadi dengan segera Wilbur kejutkan adiknya dan jiran-jiran untuk lari selamatkan diri. Bapa kepada dua kanak-kanak itu, Lander Santos, 36, yang juga bekerja sebagai pelombong sangat terkejut sebaik menerima berita kebakaran tersebut.

Saya berasa gementar sebaik sahaja dihubungi ketika sedang bekerja di stesen bawah tanah. Saya diberitahu kebakaran berlaku di rumah kami, saya terus teringat tentang anak-anak yang sedang tidur ketika saya keluar dari rumah. Jantung saya berdegup kencang kerana memikirkan mereka.”

Sementara menunggu anggota bomba tiba, mereka menggunakan baldi dan diisi dengan air untuk cuba memadamkan api. Selepas dua jam, api berjaya dipadamkan pihak bomba tetapi tiada apa yang terselamat dari kebakaran itu.

Tiada barang yang dapat diselamatkan dari rumah kami, termasuk barangan kepunyaan penghuni lain. Namun, nyawa anak-anak saya paling penting. Syukur kepada Tuhan dan anjing hero kami, Miztah.”

Anjing2 1
sumber: abs-cbn news

Kebakaran itu dipercayai berpunca dari wayar elektrik yang rosak di salah sebuah rumah di kem itu. Syukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi Miztah mengalami kecederaan melecur sedikit.

Jika bukan kerana anjing mereka, kedua kanak-kanak itu mungkin akan rentung di dalam kebakaran tersebut. Terima kasih Miztah!

Baca: Anjing Menitis Air Mata Menahan Kesakitan Kerana Diracun Perompak

Anjing0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.