“Anak soleh next level ni” – Ibu ‘Sporting’ Ikut Anak Lepak Dengan Member Dekat Mamak

Tambah ke Sumber Pilihan
“Anak soleh next level ni” – Ibu ‘Sporting’ Ikut Anak Lepak Dengan Member Dekat Mamak

Siapa kat sini suka lepak mamak dengan kawan-kawan? Jarang kita lihat orang lepak mamak, duduk satu meja dan semuanya senyap sunyi je, kan?

Melalui video yang baru tular di Tiktok pengguna @jiemrv, pemuda ini dilihat sedang melepak di kedai mamak beramai-ramai. Menariknya, pemuda itu membawa ibunya sekali untuk duduk semeja dengan kawan-kawannya. Amboi… sempoinya makcik ni!


Mungkin sebelum ini kita pernah dengar lelaki membawa pasangan mereka untuk lepak di mamak bersama kawan-kawan, tetapi yang datang bawa ibu ni memang jarang-jarang berlaku. Rare betul abang ni.

Lebih menghiburkan, ibu kepada lelaki ini nampaknya begitu berselera menikmati makanannya, manakala rakan-rakan pemuda itu sedang ralit bermain game dengan senyap.

Jarang sebenarnya kita lihat lelaki tak banyak cakap ketika bermain permainan video di mamak. Biasanya kalau dah main game ramai-ramai tu, mesti riuh rendah punya!

Namun kali ini, mungkin untuk menghormati ibu pemuda tersebut, meja itu sampai jadi sunyi.

Rata-rata netizen di bahagian komen memuji lelaki tersebut sebagai anak soleh dan anak syurga. Ada juga yang terhibur dengan ibu pemuda itu yang begitu sporting untuk ikut anaknya lepak di mamak.

4 9 3 10  1 10

Lebih menarik, ada yang ‘bahan’ kawan-kawan lelaki itu, mengatakan yang mereka tidak boleh berkata-kata kesat jika kalah dalam game yang sedang dimain. Bagus member dia ni, semuanya pandai ‘behave’.

2 116 75 8

Haa… korang tak nak ke cuba bawa ibu korang lepak mamak lepas ni?

BACA: “Betul Punya Marah!” – Lelaki ‘Koyak’ Man Utd Kalah, Terus Balik Tanpa Baju

7 1 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Imran Azizi
Lagi tulisan Imran
Pelajar Human Resources yang gemar menulis. Berambut sikat tepi, meminati pelbagai jenis muzik dan handal bermain FPL.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Anak soleh next level ni” – Ibu ‘Sporting’ Ikut Anak Lepak Dengan Member Dekat Mamak
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/anak-soleh-next-level-ni-ibu-sporting-ikut-anak-lepak-dengan-member-dekat-mamak/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM