in

Anak Hero! Berani Selamatkan Bapa Dan Ibu Lumpuh Dalam Cuaca Hujan Lebat, Tanah Runtuh

Rc10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pulau Pinang kini dilanda hujan lebat dan banjir yang teruk. Rata-rata penduduk telah kehilangan tempat tinggal dan terputus hubungan serta bekalan elektrik. Doakan keselamatan mereka!



Salah satu tempat yang paling terjejas adalah Georgetown di mana telah berlakunya tanah runtuh di beberapa lokasi dan penduduk terutamanya tinggal di kawasan bukit perlu berjaga-jaga serta bertindak pantas bagi sebarang kemungkinan.

Raymond Chuang, 59, adalah antara individu yang patut dipuji. Dia bukan sahaja pantas, namun sangat berani dalam menyelamatkan ibu bapanya yang terperangkap di dalam rumah mereka yang telah runtuh, lapor The StarAnak hero ni! 

Rc3
sumber: the star

Sebelum detik mencemaskan itu berlaku, Chuang dan adiknya telah keluar untuk memeriksa keadaan di belakang rumah. Kejadian tanah runtuh yang pertama berlaku kira-kira jam 1 pagi namun pada ketika itu rumah mereka yang terletak di Ayer Itam masih berdiri teguh.

Tidak lama selepas itu, tanah runtuh kedua serta ketiga pula berlaku dan malangnya, kali ini ia telah meruntuhkan rumah keluarga berkenaan yang berusia 60 tahun. Lama tuuu! 

Tanpa berfikir panjang, Chuang dengan pantas masuk ke dalam rumah dan menyelamatkan bapa dan ibunya yang separa lumpuh walaupun dalam keadaan gelap. Menurutnya, dia terpaksa berhati-hati kerana khuatir rumah tersebut boleh runtuh sepenuhnya pada bila-bila masa.

Rc
sumber: the star

Ibu bapanya, masing-masing berumur 80 tahun dan 90 tahun dikatakan berada berhampiran pintu masuk sewaktu rumah itu runtuh dan ianya memudahkan Chuang untuk menyelamatkan mereka. Chuang dan adiknya dilaporkan telah mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan ibu bapanya dari rumah tersebut.

Dalam proses menyelamatkan ibu bapanya, Chuang telah cedera pada bahagian kaki dan menerima 16 jahitan di kaki kanannya. Adiknya pula hanya mengalami calar, manakala isterinya telah menerima 7 jahitan di jari kaki.

Saya sangat panik sehingga tidak perasan kaki saya telah tercedera. Saya hanya perasan kaki saya luka apabila ternampak darah di lantai,” kata Chuang.

Rc6
sumber: the star

Sepanjang menghuni di rumah itu selama lebih 50 tahun, ini adalah kali kedua tanah runtuh terjadi berdekatan dengan rumah mereka. Menurut Chuang, tanah runtuh pernah terjadi di situ sebelum ini pada tahun 2015.

Kejadian ini semestinya memeranjatkan keluarga itu namun mereka bersyukur kerana telah terselamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan. Chuang dan keluarga kini dilaporkan tinggal bersama saudara buat sementara waktu.

Diharapkan Chuang dan keluarga kembali pulih seperti sediakala. Penting bagi penduduk kawasan yang dilanda banjir supaya sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga. Doakan keselamatan mangsa-mangsa banjir di sana…

Baca: Warga Emas Pertaruh Nyawa Selamatkan Keluarga Terperangkap Dalam Kereta Selepas Kemalangan

Rc7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.