in

Warga Emas Pertaruh Nyawa Selamatkan Keluarga Terperangkap Dalam Kereta Selepas Kemalangan

Accident Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang warga emas merisikokan nyawanya berjaya menyelamatkan sebuah keluarga yang terperangkap di dalam kereta selepas terlibat dalam satu kemalangan.


Kejadian berlaku Rabu lalu di Pengkalan Hulu, Perak di mana kemalangan yang membabitkan dua buah kereta itu telah menyebabkan salah satu kenderaan terbakar. Sebuah keluarga yang berada di satu lagi kereta dilaporkan terperangkap dan orang awam kemudian segera memecahkan kenderaan tersebut tetapi tidak berjaya.

Melihat api mulai marak, Oon Thoo Seen, 66, kemudian segera mencapai sebilah kapak yang disimpan dalam pacuan empat rodanya.

Accident1
sumber: mstar

Tindakan pantasnya itu akhirnya berjaya memecahkan pintu kereta tersebut dan mangsa berjaya diselamatkan.

Menurut Thoo Seen ketika ditemubual mStar, ia merupakan pengalaman keduanya membantu menyelamatkan mangsa kemalangan dengan yang pertama kira-kira 30 tahun lalu.

Warga emas yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu turut menjelaskan bahawa apa yang dilakukannya sekadar tanggungjawab kecil sebagai manusia dan rakyat Malaysia.

“Saya hanya membantu, yang menyelamatkan mereka (mangsa) adalah Tuhan. Kalau ada orang susah, kita kena sama-sama tolong.

“Tak kan nak tunggu polis atau bomba dulu. Sementara tunggu bantuan datang, kita sebagai orang awam yang berada di tempat kejadian perlu cuba apa saja yang boleh.”

Accident3
sumber: mstar

Difahamkan Thoo yang sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Pengkalan Hulu pada awalnya cuba memecahkan pintu kereta menggunakan batu namun tidak berjaya.

“Kebetulan ada kapak di dalam kereta, jadi tanpa berfikir panjang, saya cepat ambil dan pecahkan pintu kereta.

“Setelah pintu berjaya dibuka, beberapa orang awam lain turut bantu mengeluarkan mereka sebelum api dari kereta sebelah menyambar kereta mangsa.”

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim River,  Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dikatakan turut memuji keberanian Thoo yang mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan insan-insan yang memerlukan pertolongan.

“Saya kagum dengan keberanian Oon. Sikap prihatin dan kemurnian Oon sebagai ‘hero tak didendang’ wajar dicontohi rakyat Malaysia.”

Accident2
sumber: mstar

Thoo sempat menasihati rakyat Malaysia terutama anak muda supaya bersikap prihatin terhadap keadaan sekeliling.

Kalau kita lebih peka, mungkin kita sedar sebenarnya ada orang lain dalam kesusahan yang memerlukan bantuan.”

Hero yang tidak didendang. Lobak Merah memuji tindakan berani Thoo dan menyeru orang ramai untuk lebih prihatin serta menghulurkan bantuan kepada yang mereka yang memerlukan.

Baca: Doktor Jahit Luka Sendiri Selepas Terkena Tembakan Supaya Dapat Bantu Selamatkan Nyawa

Lady

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.