in

“Anak hang dah selamat, semua dah selamat mandi darah..”- Wanita Trauma Mat ‘Drug’ Kelar Dua Anak Kecilnya Sebelum Jerit Penuh Bangga.

Featured 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa perasaan korang kalau terpaksa berhadapan dengan seorang pembunuh pada waktu sedang lena dibuai mimpi?


Bagaimana agaknya reaksi korang pada ketika itu? adakah korang akan menjerit? melarikan diri? melawan atau apa?

Bayangkan situasi tersebut terpaksa dihadapi seorang wanita bergelar ibu, Noorhasyelawati Yusoff (37 tahun) dalam kejadian yang berlaku di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai , Yan Kedah pukul 11.45 malam tadi.

Menurut kosmo, Noorhasyelawati berkata ketika kejadian, dia dan dua anaknya sedang tidur di bilik di tingkat bawah rumahnya, manakala anak sulungnya tidur dengan neneknya, Jamilah Ismail, 60 tahun di bilik bersebelahan.

“Saya terjaga selepas terdengar suara lelaki memanggil nama suami, Idris Saad, 47, beberapa kali sebelum terkejut mendengar bunyi bising di ruang tamu.”

“Saya terus keluar dan ternampak suspek melibas abang ipar, Soberi Saad, 50, pada kiri muka sebelum suspek meluru ke arah saya dan cuba menikam perut, namun gagal kerana terlindung langsir,”

Wanita itu berkata sejurus itu dia terus keluar dari rumah bagi mendapatkan pertolongan daripada ibu saudaranya di rumah bersebelahan, namun ternyata ia sudah terlambat sebab pada waktu itu dia nampak suspek keluar dari rumahnya dan……

Anak hang dah selamat, semua dah selamat mandi darah

49368788 348562185979561 1989551803535982592 N

Suspek yang juga merupakan seorang penganggur itu menjerit kepadanya, tersentak dengan itu Noorhasyelawati terus berlari masuk ke dalam rumah sebelum menjumpai kedua-dua anak kecilnya dalam keadaan kakuallahu, apa salah budak-budak ni?

Keduanya sudah kaku…

Image
Sumber : kosmo

“Anak saya yang masih kecil dikelar pada leher.”

“Saya tidak boleh angkat mereka, kerana terlalu banyak darah di atas tilam”

Katanya, Nurul Hanim Idris, 5 tahun ditemui dengan kesan tetak pada belakang badan manakala adiknya, Mohammad Hafiz , 1 tahun dikelar pada leher.

Namun syukur alhamdulillah, anak sulungnya selamat kerana tidak diapa-apakan suspek.

45Adcd8E 9913 4Ee2 8D3C Dd60B2A6A48E

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Alathrash Wahid berkata, suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan berjaya ditahan sejurus selepas kejadian..patutlah perangai macam tu hish!

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Aishh semoga mendapat balasan setimpal atas apa yang telah dilakukannya, admin memang tak suka kalau nak tulis cerita macam ni sebab rasa sakit hati betul bila bayangkan.

Baca : Pogo The Clown: Mamat Psiko Pakai Macam Badut, Goda Budak Lelaki Untuk Main Bunuh

Pogo Gila

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.