Meremang betul baca pasal cerita orang psiko macam ni. Disebabkan taknak meremang sorang, admin nak korang pun rasa jugak! Kali ni, nak cerita pasal seorang mamat psiko yang bernafsu dengan remaja lelaki SAHAJA. Nafsu dia sampai tahap membunuh tau. Memang scary!
Jom baca tentang Pogo the Clown:
Siapa Pogo?
Pogo atau John Wayne Gacy dilahirkan pada 17 Mac 1942 dekat Chicago. Anak kedua daripada tiga adik beradik dan satu-satunya anak lelaki kepada pasangan John Stanley Gacy dan Marion Robinson.
Mangsa buli bapa sendiri
Sejak usia 4 tahun lagi, Gacy dibuli secara fizikal dan lisan oleh bapanya yang juga seorang pemabuk. Walaupun dibuli dengan teruk, Gacy tetap kagumi ayah dia dan selalu minta kebenaran untuk sesuatu keputusan yang dibuat.
Tapi, sebagai balasan kepada kebenaran yang diberi tu, bapa dia akan hina dia dengan cakap yang Gacy ni bodoh dan perangai macam perempuan. Masa usia 7 tahun, seorang kenalan daripada keluarga Gacy telah mencabul dia berkali-kali. Tapi, Gacy tak pernah beritahu ibu bapa dia sebab takut bapa dia salahkan dia balik dan bagi hukuman lebih teruk.
Kehidupan masa remaja
Ketika remaja, Gacy disahkan mempunyai masalah hati yang menyebabkan aktiviti fizikal dia terbatas. Disebabkan tu, berat badan dia berlebihan dan selalu kena hadap ejekan daripada kawan kelas.
Lepas tu, Gacy pernah pengsan dan dimasukkan ke wad selama beberapa bulan tapi bapa dia cakap dia tipu sebab doktor tak dapat sahkan penyakit dia. Lima tahun kemudian, baru doktor dapat sahkan yang dia ada darah beku dekat bahagian otak tetapi berjaya dirawat.
Berhenti sekolah, dibelasah teruk oleh bapa
So, disebabkan masalah kesihatan tu, Gacy selalu tak dapat protect diri sendiri setiap kali kena belasah dengan bapa. Bapa dia pula akan hina dan pukul dia dengan kerap tanpa apa-apa sebab pun. Apa masalah bapa dia ni ek?
Selain tu, Gacy juga ambil keputusan untuk berhenti sekolah sebab ketinggalan dalam pelajaran. Makanya, lagilah bapa dia duk panggil Gacy ni bodoh. Disebabkan tak tahan dengan perangai bapa dia, Gacy telah melarikan diri ke Las Vegas ketika usia 18 tahun.
Sedar yang dirinya terangsang dengan budak lelaki
Okay ni pelik… Lepas larikan diri, dia kerja dekat rumah mayat dan selalu habiskan masa kerja sampai tengah malam. Pada malam terakhir bekerja dekat situ, Gacy masuk ke dalam keranda dan ‘menodai’ mayat seorang remaja lelaki.
Then, dia jadi confused sebab baru sedar yang dia ada nafsu dan rangsangan seksual dengan mayat lelaki. Eeewwwww!
Habis belajar, dapat kerja
Walaupun tak habis sekolah, Gacy berjaya sambung belajar dekat sebuah universiti dan graduate pada tahun 1963. Lepas tu dapat kerja dan jumpa dengan Marlynn Meyers, then terus kahwin lepas bercinta 9 bulan. Dua tahun kemudian, dia berjaya menguruskan 3 cawangan KFC milik bapa mertua dia. Kehidupan dia normal dan berjaya sampai 1968.
Taktik ‘pancing’ remaja lelaki
Rupa-rupanya, selama bekerja dekat KFC, Gacy dah buat hubungan seks dengan ramai remaja lelaki yang bekerja dekat restoran tu. Gacy telah gunakan sebuah bilik bawah tanah sebagai tempat lepak dengan mangsa-mangsa dia.
Cara Gacy tarik perhatian mangsa dia adalah dengan offer air arak secara percuma dan pornografi. Bila mangsa dah terlampau mabuk, dia pun ambil kesempatan merogol. Gacy akan buat ‘projek’ dia ni pada masa yang sama isteri dia tengah uruskan anak-anak di tingkat atas.
Rahsia terbongkar
Ogos 1967, Gacy ambil seorang remaja 15 tahun, Donald Voorhees untuk bekerja di rumahnya. Lepas habis kerja, Gacy tarik perhatian Donald untuk pergi bilik bawah tanah tu. Bila Donald dah mabuk, dia paksa budak tu buat seks oral dekat dia. Selama beberapa bulan, dia dera ramai remaja lelaki secara seksual.
Semuanya kantoi bila Donald akhirnya buka mulut pada Mac 1968 dan beritahu bapanya tentang apa yang Gacy dah buat dekat dia. Pada masa yang sama, seorang remaja 16 tahun pun ada buat laporan polis dan Gacy akhirnya ditahan.
Masuk penjara
Gacy dihukum penjara selama 18 bulan sebab mencabul remaja. Tahun yang sama juga Gacy bercerai dengan isterinya sebab dah kantoi yang dia ni biseksual (suka perempuan dan lelaki). Mereka dikurniakan dua anak perempuan.
Pada tahun 1972, Gacy berkahwin kali kedua dan kali ni dengan rakan sekolahnya, Carole Hoff.
Dibebaskan dan muncullah ‘Pogo the Clown’
Dia dibebaskan awal disebabkan kelakuan baik dan Gacy ada tubuhkan satu syarikat pembinaan di mana dia hanya ambil pekerja muda je. Masa ni baru muncul status baru dia iaitu ‘Pogo the Clown’ di mana pakaian badut tu direka sendiri oleh Gacy.
Pembunuhan pertama
2 Januari 1972, Timothy Jack McCoy berusia 16 tahun menjadi mangsa bunuh pertama mamat psiko ni. Masa tu, Timothy nak tidur dekat terminal bas dekat Chicago sementara tunggu bas. Gacy ambil peluang tu dengan offer Timothy pusing pusing area bandar dan tumpang tidur dekat rumah dia. Keesokan pagi, Gacy bangun tidur dan nampak Timothy tengah pegang pisau.
Menyangka remaja tu nak bunuh dia, Gacy pun rampas pisau dan tikam Timothy sampai mati. Tapi rupa-rupanya baru dia perasan yang budak tu pegang pisau sebab tengah siapkan sarapan dan pergi bilik untuk kejutkan Gacy.
Walaupun tak ada niat nak bunuh, Gacy mengaku yang nafsu seksual dia terangsang sampai nak klimaks waktu dia tengah tikam Timothy tu. Gila ke, sambil tikam pun boleh terangsang!
Tanam mayat bawah rumah
Lepas Timothy, Gacy jadi ketagih dan telah rogol sebelum bunuh lebih ramai remaja. Kesemua mayat dorang ditanam dekat bawah rumah dia yang dipanggil ‘crawl space’.
Sepanjang tahun 1976 hingga 1977, Gacy telah bunuh seramai hampir 20 orang remaja. Pada tahun 1978, Gacy akhirnya kantoi bila mangsa terakhir, Robert Piest, berjaya dikesan pihak polis. Lepas siasatan dibuat, polis berjaya jumpa 27 mayat dekat bilik bawah tanah, 4 mayat dekat halaman rumah dan 2 telah dibuang ke dalam sungai.
Dijatuhkan hukuman mati
Gacy dijatuhkan hukuman suntikan maut pada Mei 1994 dan menurut ramai pihak, sebelum mati tu Gacy sempat cakap ‘kiss my ass’.
Hanya 25 daripada 33 mangsa berjaya dikenal pasti pada ketika itu. Identiti lagi 8 mangsa tu hanya berjaya dikenal pasti selepas berpuluh tahun. Menurut ThoughtCo, ujian DNA telah dibuat pada tahun 2011 hingga 2016 untuk kenal pasti identiti 8 mangsa tersebut.
Kenapa wujud manusia psiko macam ni ?. Tapi admin percaya semuanya bermula dengan penderaan sejak kecil daripada bapak dia tu!
Baca: Jeffrey Dahmer: Pembunuh Bersiri Gay Ketagih ‘Main Belakang’, Bunuh dan Lapah Mayat Mangsa