in

“Amerika patut buat benda sama” – Mat Salleh ‘Support’ Keputusan M’sia Ban Filem Ada Unsur LGBT?

Collage 46

Baru-baru ini, ramai peminat filem Marvel kecewa apabila filem terbaru Thor: Love and Thunder telah dibatalkan tayangannya di Malaysia gara-gara mempunyai elemen LGBT.

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan filem antarabangsa kedua yang dibatalkan tayangan gara-gara isu ini dan ia turut mendapat liputan di luar negara.

Majalah Variety baru-baru ini telah memuat naik artikel bertajuk “After ‘Thor’ and ‘Lightyear’, Malaysia Goverment Is Committed to Banning More LGBT Films” di mana mereka memberitahu bahawa kerajaan Malaysia komited untuk terus melarang filem unsur LGBT dari ditayangkan.

Thor Love Thunder Featured

Dikatakan, tindakan kerajaan Malaysia untuk menyekat konten LGBT ini turut bertentangan dengan studio dan produser di Amerika Syarikat yang sedang bergerak ke arah berlawanan bagi meneruskan usaha mereka untuk mempelbagaikan lagi representasi masyarakat minoriti.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, dilihat ramai mat salleh menyokong tindakan kerajaan Malaysia untuk menyekat filem berunsurkan LGBT dengan mengatakan Amerika Syarikat juga perlu turut mengikut jejak ini.

Favnnvhauaa1Yag Side

Selain itu, mereka turut memuji tindakan tegas kerajaan Malaysia dan berharap agar lebih banyak lagi negara buat perkara yang sama. Eh biar betul?

 

Baca: CONFIRM! Marvel Studios Sahkan Thor: Love and Thunder Tak Akan Ditayangkan Di Malaysia

Screenshot 2022 08 17 At 3.52.59 Pm