in

“Rasa bangga jadi anak Malaysia” – [VIDEO] Doktor Luar Negara Puji Cara Malaysia Tangani Covid-19

Feature 2 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kerajaan dah buat macam-macam untuk lawan Covid-19, ada lagi rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan cara kita menangani penularan wabak ini. Masa nak buat PKP pun tak puas hati, masa longgarkan PKP pun kena kecam jugak. 

Tapi jangan risau sebab kita sebenarnya dipuji oleh negara luar! Rasanya dah beberapa kali kan kita dipuji.


Kali ini, pakar bedah pergigian dan pengembara tegar, Dr Dustin Pfundheller telah memuji negara kita dalam video yang viral beberapa hari lepas.

Mat Salleh 2

Korang boleh tengok sendiri video tu. Rasa meremang pulak bila tengok sebab bangga jadi anak Malaysia!

https://www.instagram.com/p/B_9yXMJl_Nf/

Dalam video terbabit, lelaki tersebut kagum dengan cara kerajaan kita yang melaksanakan perintah kawalan pergerakan dan membatalkan semua acara untuk mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan masyarakat.

Mat Salleh 3

Polis

Dia juga mengatakan cara Malaysia mengatasi penularan wabak ini sepatutnya dijadikan contoh oleh negara lain.

Walaupun kes virus korona di negara kita sebelum ini adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara, tapi Malaysia terbukti telah berjaya mengurangkan nombor tersebut. Katanya lagi, usaha Malaysia ini patut diviralkan ke seluruh dunia!

Malaysia boleh! 

 

Baca: “Orang luar lagi hargai kerajaan kita” – ‘Mat Salleh’ Puji Macam Mana Malaysia Handle Covid-19 Berbanding US

Mat Salleh

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.