Amelia Henderson Kongsi Hasrat Nak ‘Join’ Miss Universe, Netizen Suruh Fikir Pasal Dosa

Jadikan sumber pilihan di Google
Amelia Henderson Kongsi Hasrat Nak ‘Join’ Miss Universe, Netizen Suruh Fikir Pasal Dosa

Minggu lepas, pelakon, Amelia Henderson ada mendedahkan hasratnya untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik ‘Miss Universe’ tahun ini. Hasratnya itu telah dikongsi melalui akaun Twitter rasminya sambil meminta pendapat warganet.

“Ok korang, I ada idea ‘gila’, tapi tahun ni mungkin peluang terakhir I. Patut tak I sertai Miss Universe Malaysia?”

“Ia sebenarnya menjadi sebahagian daripada impan saya selama ini,” tulisnya di ciapan tersebut.

Difahamkan, Amelia turut berasa lega untuk menyertai pertandingan tersebut kerana segmen berbikini dalam pertandingan itu sudah tidak diwajibkan.


Menurut pelakon filem Pulau itu, dia tidak akan memakai bikini di atas pentas kerana dia bukan seorang yang selesa memperagakan bikini di khalayak ramai.

https://www.instagram.com/p/Cldy7LJv5nv/

Selain itu, Miss Universe Malaysia kini berada di bawah pengurusan baharu yang bukan sekadar membuka penyertaan kepada wanita bujang sebaliknya wanita sudah berkahwin, bercerai, malah golongan ibu juga dialu-alukan.

Netizen suruh ingat dosa?

Walaubagaimanapun, hasrat Amelia itu telah mendapat pelbagai reaksi warganet sehinggakan ada yang meminta Amelia untuk berfikir dua kali.

Selain itu, ada juga netizen yang melontarkan komen berunsur kecaman dan meminta Amelia untuk ingat dosa.

Screenshot 2023 03 10 121155

Screenshot 2023 03 10 121252

Namun, ada netizen yang menyokong Amelia untuk mengejar cita-cita dan impiannya untuk menyertai pertandingan ratu cantik ‘Miss Universe’ itu.

Screenshot 2023 03 10 121635

Hmm apa pendapat korang?

Baca : “Benci sangat perkataan tu” – Status ‘Janda’ Diperlekeh, Ini Jawapan Amelia Henderson

Collage 2 728X383 1

 

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Amelia Henderson Kongsi Hasrat Nak ‘Join’ Miss Universe, Netizen Suruh Fikir Pasal Dosa
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/amelia-henderson-kongsi-hasrat-nak-join-miss-universe-netizen-suruh-fikir-pasal-dosa/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen