in

Alu-alukan pelaburan asing, tetapi….

Page Mahathir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan pucuk pimpinan yang baru, rakyat Malaysia pastinya nak tahu apa perkembangan tentang pelaburan yang banyak dari negara China kepada Malaysia.


Menurut Free Malaysia Today, Tun M berkata yang Malaysia semestinya negara yang mengalu-alukan pelaburan langsung asing (FDI) dari seluruh dunia, termasuk China.

Walau bagaimanapun, beliau mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza daripada kerajaan sebelum ni kerana tidak mempertimbangkan pelaburan yang datang ke Malaysia dan membeli sejumlah besar tanah, membangunkan perbandaran atau bandar serta membawa masuk rakyat asing tinggal di Malaysia sebagai FDI.

“FDI bermaksud membawa masuk modal dan teknologi serta membina kilang di Malaysia di samping meningkatkan kedudukan pekerja sehingga tahap eksekutif, dengan produk sama ada untuk pasaran Malaysia atau eksport.”

Mg
sumber: bbc

Ujar Tun M lagi, walaupun China merupakan rakan Malaysia, tapi berbeza apabila melibatkan FDI

“Terdapat beberapa tanah dijual kepada syarikat China. Mereka membangunkan bandar-bandar besar. Sebuah bandar di selatan (Malaysia) akan menempatkan kira-kira 700,000 orang. Bandar-bandar yang dibangunkan ini adalah amat mahal, dengan pangsapuri yang sangat mewah dan sebagainya.”

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa tak ramai rakyat Malaysia yang bukan sahaja tak mampu beli unit tersebut, malah tak mendapat manfaat daripada pembangunan baru tersebut.

“Jadi, mereka yang tinggal di bandar-bandar ini ialah rakyat asing, mungkin dari China atau negara lain. Namun, mana-mana negara mungkin akan menyekat imigran daripada datang secara beramai-ramai. Ini juga berlaku di Amerika Syarikat (AS) atau Eropah hari ini.”

“Dan kita juga mempunyai masalah yang sama. Kita perlu mengekang imigran dan menerima hanya sejumlah kecil yang boleh kita uruskan dan serap.”

Mahathir Sinis
sumber: blog

Tun M juga berkata Malaysia akan menjadi ekonomi yang sangat terbuka atau menjangkakan untuk mengambil laluan yang berbeza bergantung kepada situasi. Tapi kata beliau, setakat ini, tidak ada keperluan bagi kawalan modal melainkan ada pihak yang cuba menjejaskan nilai mata wang dan memberi tekanan ke atasnya.

“Malaysia mahu menjadi sebuah ekonomi terbuka, kita mengalu-alukan modal asing dan kita mahu berdagang dengan seluruh dunia. Kita mahu mengeratkan hubungan dengan semua negara di dunia dan kita adalah negara mesra perniagaan”

Baca: “Boleh dakwa Najib bila-bila masa” – Tun M

China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.