“Boleh dakwa Najib bila-bila masa” – Tun M

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sejak Tun M dengan rasminya dah pegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh ni, beliau dengan efisyennya menunaikan janji-janji beliau satu persatu.

Salah satunya adalah dalam merungkai 1MDB yang dikatakan telah diseleweng oleh bekas PM sebelum ini, Najib.

“Kami sedang perlahan-lahan meneliti kes tersebut dan ramai pegawai senior secara sukarela memberikan informasi serta dokumen berkaitan.”

Sumber: FMT

Menurut The Star, Tun M berkata yang dia yakin pendakwa raya akan dapat membina kes yang kukuh untuk mendakwa Najib berkaitan kes 1MDB.

“Kami fikir bila-bila masa je kita boleh bina kes dan dakwa Najib”

Walau bagaimanapun, Tun M mengalami masalah untuk mempercayai orang untuk menyiasat kes ini.

“Ada antara mereka yang pernah menyebelahinya dan kita tak tahu siapa yang akan setia dengan kerajaan baru ni.”

Sumber: KLXPortal

Bukan tu sahaja, Tun M pun beritahu yang dia tak akan membuat sebarang perjanjian dengan Najib walaupun jika beliau ditawarkan maklumat untuk menemui semula sebahagian dari RM18 billion yang didakwa hilang dalam 1MDB.

Fuh! Tun memang dah determine ni!

Baca: “Saya menyesal lindungi Najib” – KJ

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.