“Allahu, tak pasal-pasal” – Paha Ibu Tercucuk Pagar Rumah Masa Cuba Panjat Keluar Lepas Anak Tinggalkan Dia Tanpa Kunci

Sepanjang hidup korang, mesti paling-paling sekali korang pernah panjat pagar rumah sebab nak curi-curi masuk atau sebab tak bawa kunci kan? Tapi, masa buat benda ni, tak pernah pulak terfikir ia boleh bahayakan diri sendiri kan?

Namun percubaan warga emas berusia 72 tahun ini berakhir dengan tragedi yang mengerikan…

Menurut Berita Harian, seorang wanita dari Sibu, Sarawak telah cuba untuk memanjat keluar pagar rumahnya selepas anak-anak tinggalkan dia berseorangan di rumah dengan mengunci pagar tanpa meninggalkan kunci.

Malang tak berbau, semasa percubaan memanjat pagar rumahnya ini, paha wanita tua ini tercucuk jeriji tajam di atas pagar besi rumahnya semasa dia cuba turun. Ouchhhh

Sumber: Facebook

Perkhidmatan kecemasan yang tiba di tempat kejadian selepas mendapat panggilan meminta bantuan pada 10.31 pagi semalam memberitahu, mereka terpaksa menggunakan pemotong besi untuk mengeluarkan paha wanita ini dari pagar tesebut.

Sumber: Facebook

Oleh kerana itu, sebahagian dari besi pagar rumah tersebut masih tertanam di dalam paha warga emas ini kerana takut jika dikeluarkan terus ia akan membahayakan lagi kecederaan wanita ini.

Ibu ini kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun belum ada berita lanjut mengenai keadaannya.

Sumber: Facebook

Apa-apa pun admin harap wanita ini dapat sembuh seperti sediakala.

 

Baca: “Benda common pun bahaya” – Berus Jamban Tercucuk Dalam Dubur Budak 12 Tahun Sebab Tergelincir Hingga Najis Terburai Dalam Perut

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson