in

“Benda common pun bahaya” -Berus Jamban Tercucuk Dalam Dubur Budak 12 Tahun Sebab Tergelincir Hingga Najis Terburai Dalam Perut

Collage 32

Mostly, orang akan letak berus jamban dorang dalam toilet kan? Tapi pernah ke korang terfikir yang berus jamban ni bahaya? Tak langsung!

Menurut China Press, pada Mei tahun lepas, seorang budak dari Bandar Nantong di China tengah mandi di dalam tandas sebelum dia tergelincir dan terjatuh ke atas berus jambas yang kebetulan diletakkan dalam kedudukan menegak di dinding tandas tersebut.

Malangnya pemegang berus tandas itu telah tercucuk ke dalam lubang dubur budak ini hingga menyebabkan kecederaan parah. Ngerinyaaa!!!

Srdy

Bukan tu je, pemegang berus sepanjang 10cm itu juga turut membocorkan usus kecil budak lelaki ni hinggakan najis terkeluar dan bersepai dalam perut. Perkara ini menyebabkan jangkitan perut dan beberapa simptom lain seperti sakit perut, muntah-muntah, demam panas dan kejutan septik.

Toilet Brushes 2018 Lowres 5282
Gambar hiasan

Budak ini terus dikejarkan ke bilik pembedahan supaya pakar boleh menjalankan laparoskopik – operasi yang dibuat untuk perut atau pelvik dengan memasukkan kamera kecil – dan mereka menemui yang kecederaan budak ni lagi teruk dari yang mereka sangka.

Mana taknya, kawasan perut dan pelvik kanak-kanak ini dipenuhi dengan najis hinggakan pakar tak dapat cari lubang tempat berus jamban cucuk.

Intestines
Sumber: china press

Bagaimanapun, selepas pakar membersihkan najis dalam perut, mereka berjaya menemui lubang tersebut yang berada di bahagian atas rektum.

Bagi mengelakkan jangkitan menjadi lebih teruk, doktor telah membuat Kolostomi, di mana laluan baru di buat untuk keluarkan najis dan masuk ke dalam beg yang diletakkan di kawasan perut. Alahai kesiannya.

Walaupun pembedahan selama empat jam ini berjaya, budak ini masih tak stabil dan demamnya tak kebah hingga terpaksa dimasukkan ke dalam ICU.

Setelah berbulan-bulan, akhirnya baru-baru ni budak tersebut dapat keluar dari hospital tapi dalam masa empat bulan dia perlu buat pembedahan sekali lagi untuk dia buang air besar secara normal semula.

 

Baca: “Ni bukan cobaan” – Doktor Jumpa Lebih 1,000 ‘Black Pearl’ Dalam Hempedu Lelaki Ni Lepas Dia Mengadu Sakit Perut

Screenshot 2020 01 15 At 5.31.20 Pm