in

“Aliff jaga baik-baik Bella & kids ok” – [VIDEO] Lepas 9 Bulan Terpisah, Ramai Tak Tahan Sebak Tengok Keluarga Aliff Aziz Akhirnya Bersatu

Ft Bellaliff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas 9 bulan terpisah akibat pandemik Covid-19, Aliff Aziz akhirnya bersatu semula dengan isteri, Bella Astillah dan dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.


Pertemuan itu sudah semestinya menjadi detik bahagia buat pasangan ini dan dua anak mereka jadi Aliff dan Bella tidak melepaskan peluang untuk merakam memori tersebut untuk masa akan datang.

Video itu yang dimuat naik di akaun mereka mendapat perhatian netizen dan telah menyentuh hati ramai termasuklah rakan-rakan artis. Melalui rakaman itu, Ayden boleh dilihat paling teruja kerana akhirnya dapat memeluk erat bapanya itu setelah beberapa bulan terpisah.

Image From Ios 1 1

Image From Ios 1

Aliff yang sebelum ini pulang ke pangkuan keluarganya di Singapura terpaksa menangguhkan hasrat untuk ke Malaysia semula selepas Covid-19 menular dan menyebabkan sekatan perjalanan.

Pasangan ini kemudian meluangkan masa bersama ke kedai barangan kanak-kanak dan membawa pulang hadiah buat anak-anak mereka. Video itu telah mengundang rasa terharu dalam kalangan pengikut mereka di Instagram di mana rata-ratanya menyatakan rasa sebak mereka melihat Aliff dan Bella dapat bertemu semula.

Image From Ios 3

Image From Ios 2

Sehingga kini video itu telah mendapat lebih 760,000 tontonan dan ramai mendoakan pasangan ini agar hubungan mereka berkekalan dan dalam keadaan baik di masa akan datang.`Rakan artis juga turut bergembira dengan penyatuan semula pasangan ini serta mendoakan yang baik untuk mereka.

Image From Ios 8

Com

 

Baca: “Daddy tak sabar sayang” – Hampir 2 Tahun Tak Bersua, Aliff Aziz Kembali Ke Malaysia Mula Hidup Baru Dengan Isteri & 2 Anak

Ft Aliffbella

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.