in

“Daddy tak sabar sayang” – Hampir 2 Tahun Tak Bersua, Aliff Aziz Kembali Ke Malaysia Mula Hidup Baru Dengan Isteri & 2 Anak

Ft Aliffbella

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas hampir 2 tahun menyepi akibat pelbagai kontroversi, Aliff Aziz yang tinggal bersama keluarga di Singapura sejak itu, akhirnya kembali ke Malaysia.


Melalui Instagram, ibu Aliff, Siti Hafiza ada berkongsi dan meluahkan rasa berat hati untuk melepaskan anaknya. Bagaimanapun, keluarga memahami tanggungjawab Aliff sebagai ketua keluarga.

“Hari di mana saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada anak saya..Alhamdullilah selepas hampir dua tahun akhirnya kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak.”

Walaupun berat untuk mengucapkan selamat tinggal, kami faham tanggungjawab dia untuk bersama keluarga lebih penting.”

Aliff1

Menerusi video itu yang dimuat naik oleh ibu Aliff pada malam semalam, mereka telah menghantarnya ke lapangan terbang untuk berlepas ke Kuala Lumpur. Aliff juga sempat berterima kasih kepada kedua ibu bapanya dan berjanji untuk lakukan yang terbaik di masa depan.

Terima kasih banyak umi dan ayah. Semoga usaha yang saya lakukan nanti akan membuahkan hasil dan membanggakan umi dan ayah.”

Aliff kembali ke pangkuan Bella Astillah dan dua anak mereka, Muhammad Ayden Adrian dan Ara Aderanna di Malaysia untuk memulakan hidup baru selepas apa yang telah berlaku.

Mereka yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 itu membuatkan keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lepas disebabkan Aliff beberapa kantoi berlaku curang.

Aliff kemudian pulang ke Singapura ke pangkuan keluarganya namun pada 26 April lepas, Bella sendiri memaklumkan dia dan Aliff kembali rujuk ketika masih dalam edah dan turut mengumumkan kehamilan keduanya.

Malangnya, pasangan itu terpaksa hidup berjauhan seketika disebabkan pandemik Covid-19 pula yang melanda sepanjang tahun 2020 ini. Bella juga telah melahirkan cahaya mata kedua mereka pada 18 Julai lepas tanpa Aliff di sisi.

Kita doakan yang baik-baik.

Baca: “Ayden mau masuk Singapore” – Netizen Sebak Tengok Bella Astillah Kongsi Video Anak Menangis Rindukan Aliff Aziz

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.