in

“Alhamdulillah, 69 orang negatif tapi…” – Wany Hasrita Kongsi Berita Baik Mengenai Ujian Swab COVID 19 Rakan Artis

Negative Swab Test

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syukur Alhamdulillah…


Penyanyi Wany Hasrita telah berkongsi satu berita baik hari ini mengenai keputusan ujian swab test artis dan krew yang terlibat dengan Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) di Pusat Perubatan Management & Science University (MSUMC), Shah Alam yang mendapat keputusan negatif. 

Wany yang juga alumni MSU serta pembantunya, Nur Anisah Ahmad Zaki telah menghubungi pensyarah universiti tersebut untuk mendapatkan bantuan bagi melakukan ujian calitan di MSUMC pada Ahad lepas.

Wany 1

Menurut Xtra, susulan berita salah seorang peserta SFMM35 iaitu Alif Satar disahkan positif COVID 19, dia telah menghubungi pensyarahnya untuk membantu ‘set up’ ujian calitan tersebut dan hubungkan mereka dengan doktor di MSUMC.

“Selain itu, pembantu peribadi saya, Nur Anisah banyak membantu saya dan semua yang hadir ke MSUMC untuk menjalani ujian calitan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

“Sebenarnya, agak sensitif untuk saya jawab tapi ini apa yang saya dapat daripada doktor yang memeriksa kami pada Ahad, semua 69 orang yang hadir membuat ujian calitan di MSUMC disahkan negatif. Tapi, semuanya harus berhati-hati,” katanya.

Pun begitu, Wany menasihati semua pihak untuk sentiasa berjaga-jaga dan menjalani tempoh kuarantin yang ditetapkan.

“Mereka yang menjadi kontak rapat haruslah menjalani kuarantin dan menjalankan ujian calitan yang kedua. 

Masih terlalu awal, semuanya boleh terjadi dan langkah berjaga-jaga haruslah sentisa diambil.

“Saya berdoa agar segalanya dipermudahkan dan semuanya akan terus kekal negatif, Insya-Allah,” katanya lagi.

533B97Aa E2Ab 4E20 B716 3037Dffb4D4D 545X1024 1

Wany dalam pada itu ada juga berkongsi perbualan WhatsApp dengan wakil dari MSUMC berkaitan ujian swab berkenaan di instastories dan ia juga telah di ‘repost’ semula oleh Instagram MSUMC.

Apa-apapun marilah kita doakan semoga rakan artis dan kru yang terlibat terus negatif dan mematuhi tempoh kuarantin yang ditetapkan. 

Baca: “Bimbang akan keadaan isteri dan anak” – Ibu, Ayah, Adik & Pembantu Peribadi Alif Satar Positif COVID 19

Fam Alif Satar Positif

Sumber: Instagram
Sumber: Xtra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.