in

“Bimbang akan keadaan isteri dan anak” – Ibu, Ayah, Adik & Pembantu Peribadi Alif Satar Positif COVID 19

Fam Alif Satar Positif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas artis terkenal, Alif Satar disahkan positif COVID 19, kini ahli keluarganya, ibu, ayah, adik bongsu dan termasuklah pembantu peribadi penyanyi tersebut kini disahkan dijangkiti wabak berkenaan. 


Menurut Harian Metro, pengurus Alif, Adlina Abu Bakar yang mengesahkan hal tersebut berkata, kesemua ahli keluarga artis terbabit kini sedang menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, isteri Alif, Sha Dila Halid dan tiga anak mereka, Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1  pula baru saja menjalani ujian saringan COVID 19 pagi tadi dan sedang menunggu keputusan.

Manakala Adlina dalam pada itu bersyukur keputusan ujian swab yang diterimanya hari ini negatif selepas membuat ujian tersebut kelmarin.

“Alhamdulillah keputusan saya, kumpulan The Locos serta jurutera audio peribadi yang terbabit pada hari pertama separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) negatif. Namun sebagai langkah berjaga-jaga kami akan kekal berada di rumah untuk menjalani proses kuarantin selama 14 hari.

“Saya enggan mengambil sebarang risiko dan berharap rantaian wabak ini dapat diputuskan dengan segera. Saya juga berharap rakan-rakan artis, kru produksi serta mana-mana individu yang mempunyai kontak rapat dengan kami juga terhindar daripada wabak ini,” jelasnya.

Tambah Adlina lagi, Alif ketika ini memohon doa orang ramai supaya isteri dan anak-anaknya tidak dijangkiti wabak terbabit dan segala urusan dipermudahkan.

Saya baru saja berbual dengan Alif menerusi telefon. Alhamdulillah, dia okey, namun sedang dipantau oleh doktor. Sudah tentu Alif berasa bimbang dengan keadaan isteri dan anak-anaknya yang kini berada di Kuala Lumpur. 

“Dia sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa berhubung isteri dan anak-anaknya,” katanya lagi.

Buat ketika ini, Adlina memohon agar semua pihak di luar sana tidak menyebarkan kebencian atau fitnah ketika Alif kini sedang berdepan dengan ujian.

Memetik laporan Astro AWANI, Alif kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka dan menjalani prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan pasukan perubatan.

Semoga Alif cepat sembuh ya. 

Baca: “Aku minta maaf bro” – Alif Satar Komen Status Rakan Artis, Mohon Maaf Kepada Setiap Seorang Sebab Jadi Close Contact COVID 19

Alif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.