Semenjak tular video didakwa penyanyi Hael Husaini menggelarkan Dayang Nurfaizah sebagai ‘my wife’, spekulasi yang mengatakan mereka sudah berkahwin menjadi semakin hangat selepas wujudnya sekeping foto Dayang Nurfaizah yang didakkwa memakai busana persis pengantin.
Dalam foto tersebut, pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 45, didakwa menyarung baju rona putih, memegang sejambak bunga tangan dan dipercayai duduk di atas sebuah pelamin. Memetik laporan Kosmo!, mereka dikatakan sudah melangsungkan majlis pernikahan pada Jun lalu.
Artikel berkaitan: Hael Husaini Nafi Khabar Angin Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah
Artikel berkaitan: Teruja Tengok Istiadat Berbedak Putera Mateen & Dayang Anisha, Ini 5 Tradisi Menarik Perkahwinan Diraja Di Seluruh Dunia
Manakala, majlis resepsi dikatakan diadakan pada bulan Julai di ibu kota.
Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan pertemuan Hael dan Dayang bersama selebriti Korea Selatan, Lee Jun-ho dalam satu konsert yang diadakan di Kuala Lumpur.

Dalam video tersebut, ramai mendakwa gerakan bibir Hael yang didakwa merujuk Dayang sebagai ‘my wife’ atau ‘isteri saya’.
View on Threads
Terdahulu, spekulasi mengenai pertunangan mereka pernah tular, namun Dayang memilih untuk tidak mengulas dakwaan terbabit.
Dalam pada itu, Dayang turut menafikan wujud sebarang tarikh istimewa yang ditetapkan berkaitan majlis perkahwinan seperti yang didakwa.
