Pemergian Ashraf Sinclair semalam memang betul-betul memberikan kesan kepada ramai orang. Lebih-lebih lagi memikirkan yang usia kita memang singkat dan kita boleh hilang orang tersayang dengan sekelip mata.
Semalam, selepas Asar, suami tercinta Bunga Citra Lestari selamat dikebumikan di tanah perkuburan Sandiego Hills sambil dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.
Kerana pasangan ini merupakan selebriti popular, setiap momen sepanjang pengebumian ini telah dirakam media, dan video saat BCL tinggalkan makan arwah suaminya yang tular ini sangat menyayat hati.
Mana taknya, ia adalah realiti yang perlu diakui oleh wanita ini yang dia tak akan pulang bersama suaminya untuk selama-lamanya. Allahu…
https://twitter.com/rsecults/status/1229760176908955651?s=21
“I yang tengok pun patah hati”
Kesedihan BCL ini turut dirasai oleh netizen yang melihat video ini.
Ada juga netizen yang tak suka bila pihak media sentiasa menghalakan kamera merakam setiap gerak-geri BCL. Macam yang korang tahu, media di Indonesia memang lebih agresif berbanding di negara kita, so tak hairanlah bila dorang bertindak sedemikian.