in

“Aku tegur anak pun macam singa”- [Video] Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Anak, Sangat Lemah Lembut

Ft Hanis Zalikha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang cara didikan anak berbeza-beza. Ada yang garang ada yang lembut. Tapi kebanyakan parents dekat Malaysia garang macam singa. Balik lewat pun kena membebel. Betul tak? Sebab min pun selalu kena marah sebab balik lepas maghrib. hehe…



Semalam viral video seorang selebriti Malaysia, Hanis Zalikha menegur anak-anaknya dengan lemah lembut. Video tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun @nanahassan_ di tiktoknya. Video itu sehingga kini mendapat lebih setengah juta tontonan.

Bestnya ada mak macam Hanis Zalikha…

@nanahassan_

Lembutnya hanis zalikha tegur anak2 🥺 nak dibandingkan dgn aku, aku lebih kepada singa 😅😂

♬ bunyi asal – Nana Hassan – Nana Hassan

“Siapa je taknak mak tegur lemah lembut”

Dalam video yang berdurasi hampir seminit itu menunjukkan Hanis Zalikha menegur dengan lemah lembut anaknya Yusuf Iskandar, 6 yang berebut mainan dengan adiknya, Alisa Aisyah. Dengan tenang Hanis menyuruh Yusuf mengalah dengan adiknya yang masih kecil. Yusuf pun bagi je mainan tu dekat adik dia. Bagusnya Yusuf dengar cakap.

Cara @nanahassan_ atau Nana Hassan membandingkan bagaimana dia menegur anak dengan  Hanis Zalikha telah mengundang geli hati netizen yang melihatnya.

Nana meletakkan caption “lembutnya Hanis Zalikha tegur anak-anak, nak dibandingkan dengan aku, aku lebih kepada singa”. Siapa mak dia macam Nana, kita geng!

“Ramai juga yang nak jadi macam dia”

Rata-rata netizen bersetuju dengan cara Hanis Zalikha menegur anak-anaknya. Ada yang berkata cara yang digunakan oleh Hanis Zalikha merupakan cara yang betul untuk mendidik anak dengan tidak menengking atau marah.

Lecturer i cakap memang cara macam ni patut ajar anak-anak, tak boleh tengking or marah because will effect your children soon

Skil parenting Hanis Zalikha juga sangat bagus dan mendapat pujian daripada netizen. Beberapa lagi komen daripada netizen yang min tertarik untuk kongsi dengan korang:

Hanis Komen

Hanis Komen 2

So lepas ni yang bakal jadi parents tu boleh la tuntut ilmu dengan Hanis Zalikha.

 

Baca: jangan potong menangis tak nak bagi ayah siang ketam netizen geli hati lihat gelagat budak ni

Potong Ketam E1628152539945

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.