in

“Jangan potong!” – Menangis Tak Nak Bagi Ayah Siang Ketam, Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Budak Ni

Anak Sayang Ketam Tak Bagi Bapa Masak Dan Potong Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, budak-budak yang suka pada haiwan ni pasti tertarik dengan binatang peliharaan seperti kucing, hamster, anjing ataupun arnab.



Tapi lain pula dengan adik seorang ni apabila dia sangat sayang dengan ketam dibeli bapanya sampaikan tak nak ia disiang dan dimasakkan oleh bapanya.

Menerusi perkongsian @syamilahalim di TikTok, dia berkongsi gelagat anaknya yang terlalu menyayangi seekor ketam sehinggakan bawa ketam tu duduk menemaninya menonton televisyen.

@syamilahalim

Budak kalau pencinta haiwan.. syg nyaaa sampai tak bg masak🤣#fypシ #masukberanda #myfoodie #fypシ゚viral #tiktokmalaysia

♬ original sound – Syamila Halim – Syamila Halim

Pun begitu, bila tiba masa untuk ayahnya menyiang ketam tersebut, adik ini siap buat ‘drama air mata’, meronta-ronta tidak mahu si ayah memasak ketam tersebut. Alamak… 

Kesudahannya, si bapa terpaksa membiarkan anaknya bermain dengan ‘Encik Ketam’ itu sampai si anak ajak haiwan itu tengok TikTok bersama di telefon pintar. Hadoilah anak… 

Anak Sayang Ketam Tak Bagi Masak

 

“Tali rapiyah tu kalau terbukak… maybe kau putus kawan ngan ketam tu” 

Video TikTok ini mengundang ketawa dari netizen yang rata-rata sangat geli hati melihat keletah budak yang comel itu.

Namun mereka juga sempat beri peringatan, jika budak itu tahu betapa sakitnya dia kalau sudah ‘dikepit’ dengan ketam tersebut, mungkin selepas itu dia pasti tak nak bermain lagi dengan haiwan itu.

Komen Video Tiktok Ketam

Harap ayah adik comel tadi dapatlah pujuk anaknya untuk masak ketam tersebut. Sayang betul adik tu dengan encik ketam.

Baca: “Mana Upin Ipin??” – Jalan Kaki 2 Minit Masuk Malaysia, TikTok Lelaki Indonesia Buat Netizen Geli Hati

Jalan Masuk Malaysia Hanya 2 Minit

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.