Ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Siapa dapat menyangka seseorang yang kita nampak sihat dan gembira pada hari sebelumnya, tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal dunia?
Lebih menyayat hati, orang tersebut adalah sahabat baik kita dan orang yang paling kita sayang seperti apa yang berlaku kepada Fad Bocey ni.
“Maafkan aku sahabat…”
Fad yang kini berada di luar negara berasa terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan Abam buat kali terakhir. Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia sempat video call sahabat seperjuangan, Achey untuk menyatakan rasa kesedihannya.
https://www.instagram.com/p/B8XuCDAg51y/?igshid=7s7k0ij633pu
Fad dalam masa yang sama mendoakan semoga urusan pengebumian sahabatnya dipermudahkan.
“Semoga diberikan kekuatan my brothers”
Rata-rata rakan artis yang melihat posting tersebut mendoakan semoga ahli kumpulan Bocey bertabah dengan dugaan menimpa mereka. Antara yang meninggalkan komen termasuklah Nabil Ahmad, Alif Satar dan lain-lain.
Jenazah Abam dibedah siasat sebelum dikebumikan petang ini
Menurut Berita Harian, jenazah Abam Bocey akan dibawa ke hospital untuk bedah siasat terlebih dahulu sebelum dikebumikan petang ini.
https://www.facebook.com/bhonline/photos/a.214103550599/10158071643290600/?type=3&theater
Sama-samalah kita sedekahkah Al Fatihah buat Abam. Al fatihah…