in

“Aku merayu bekas suami, SILA TAMPIL” – Mayat Ibu Tunggal Anak Satu Ditemui Berbungkus Dalam Selimut Tebal di Damansara

Balut Selimut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin hari, nampaknya makin banyak kes kejam berlaku di sekeliling kita. Terbaru semalam, satu kes mengejutkan berlaku apabila polis telah menjumpai mayat seorang wanita tempatan yang sedang membusuk dalam pangsapurinya di Prima Damansara. 


Menurut Kosmo!, semuanya bermula apabila ayah mangsa yang merupakan seorang pesara telah datang ke rumah mangsa sekitar jam 6 petang untuk melihat keadaan anaknya.

 

“Ayahnya terhidu bau busuk dan berasa curiga…” 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, bapa mangsa yang masuk ke dalam pangsapuri tersebut berasa curiga apabila menghidu bau busuk dan memaklumkan ia kepada pihak polis.

“Pihak polis yang sampai kira-kira pukul 6 petang telah memeriksa rumah itu dan menemui mangsa yang berbalut dalam selimut tebal serta ditimpa timbunan bantal. 

“Difahamkan ketika kejadian bapa mangsa sedang mengambil anak lelaki mangsa di tadika berhampiran. 

“Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk tujuan bedah siasat,” katanya. Allahuuu ngeri! 

Image
sumber: kosmo

Menurut laporan polis, mangsa, Nor Hidayah Ahmad, 30, bekerja sebagai kerani syarikat swasta dan tinggal di situ bersama anaknya yang berusia 6 tahun.

 

Polis cari bekas suami mangsa

Sehingga setakat ini pihak polis masih belum mengenal pasti punca kematian sehingga laporan bedah siasat dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, polis kini sedang mengesan bekas suami mangsa, Zulkifli Joned, 40, yang masih menghilangkan diri.

71168942 10157511826763050 4954949769047834624 N
sumber: facebook

Dalam pada itu, bekas wartawan, Syahril A. Kadir yang kebetulan tinggal berhampiran kawasan perumahan berkenaan telah menulis tentang kes ini di posting Facebooknya.

Menurut Syahril, beliau merayu supaya bekas suami mangsa, Zulkifli Joned yang berasal dari Johol, Negeri Sembilan ini TAMPIL membantu siasatan dan tidak perlu risau jikalau dia berada di pihak yang benar.

SUSULAN penemuan mayat seorang ibu tunggal yang baru berusia 30 tahun berhampiran perumahan kami di Prima Damansara…

Posted by Syahril A. Kadir on Wednesday, September 11, 2019

 

Apa-apapun admin harap pelaku kes bunuh ini dapatlah ditangkap dengan segera. Kesian dengan anak mangsa, baru berumur 6 tahun. 

Baca: “Senangnya decide nak bunuh” – Tak Dapat Bayar Sewa, 2 Beradik Dari India Bunuh Pemilik & Sumbat Dalam Suitcase

Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.