in

“Senangnya decide nak bunuh” – Tak Dapat Bayar Sewa, 2 Beradik Dari India Bunuh Pemilik & Sumbat Dalam Suitcase

Dibunuh Penyewa

Penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah suitcase mengejutkan ramai. Tan Siew Mee, 52, ditemui dalam longkang dekat sebuah parit di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, Shah Alam pada awal pagi Isnin lalu.

Mayat1

Mayat3
sumber: facebook

Pihak polis kemudian memburu suaminya, Lim Ah Kee @ Lim Kok Hoe berusia 79 tahun bagi membantu siasatan namun malangnya, lelaki itu juga dijumpai telah mati.

Empat hari selepas mayat Siew Mee ditemui, mayat Lim Ah Kee juga dijumpai di dalam suitcase tetapi ditinggalkan di dalam longkang berhampiran Stesen LRT Alam Megah kira-kira jam 5 petang semalam.

Mayat6
sumber: china press
Mayat5
sumber: the star

 

Dikelar di leher, ditikam 13 kali di dada dan perut

Menurut pihak polis, hasil bedah siasat mendapati Siew Mee yang berasal dari Pokok Sena, Kedah mati kerana kecederaan parah. Mangsa telah ditikam 13 kali di abdomen serta dikelar di leher dipercayai menggunakan senjata tajam.

Mayat7

Mayat2

Mayat8
sumber: facebook

 

2 suspek ditahan, penyewa rumah mangsa

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, 2 orang suspek warganegara India telah ditahan di Kota Kemuning, Shah Alam.

Suspek yang juga merupakan adik beradik merupakan penyewa rumah kondominium milik mangsa di Subang Jaya telah menunjukkan lokasi mayat Lim Ah Kee. Mereka juga mengaku telah membuang senjata yang digunakan untuk membunuh pasangan itu di lokasi berasingan.

Ketika ini, pihak polis sedang giat menjalankan operasi mengesan senjata yang dibuang oleh suspek.”

Menurut Harian Metro, kedua-dua suspek utama pembunuhan kejam ini telah dibawa ke mahkamah dan diperintahkan direman seminggu mulai hari ini.

Mayat9
sumber: harian metro

 

Tak bayar sewa rumah, bunuh pemilik

Memetik laporan dari China Press yang diterjemahkan oleh WORLD OF BUZZ, suspek mengaku tidak mampu membayar sewa jadi mereka membuat keputusan untuk membunuh suami isteri terbabit.

Mayat10
sumber: nst

Difahamkan, sebelum ini pasangan itu yang turut tinggal di rumah yang sama telah meminta duit sewa berkali-kali dari mereka.

Kedua-dua suspek dan suami isteri tinggal bersama di dalam kondominium di Subang Jaya. Mereka (si mati) hidup dalam keadaan susah sehingga menyebabkan mereka menyewakan rumah itu kepada warga asing.”

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca: “Ngeri!” – 4 Hari Lepas Jumpa Mayat Isteri Disumbat Dalam Beg, Mayat Suami Juga Ditemui Dalam Keadaan Sama Di Tepi Longkang!

Bunuh Kes